Thursday, August 5, 2010

Latihan Tatabahasa ( Format SPM )

LATIHAN 1
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa.
(30 markah)
Jawab semua soalan.

(a).Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukar imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atu nama khas.
i). nama ii). bernama.
iii). menamai. iv). menamakan.
v). kenamaan. vi).ternama.
( 6 markah )
(b) Tulis perbualan di bawah dalam bentuk cakap pindah dengan mengekalkan maksud asalnya.

Khairul : Ramai orang datang melihat pameran komputer yang diadakan di Dewan
Tengku Abdul Rahman, Ipoh.
Karim : Ya la ! Saya pun sempat juga ke sana pada hari Sabtu lalu. Banyak komputer
yang dijual di sana.
Rosnah : Nak buat “Mykad” pun boleh. Saman lalu lintas pun boleh disemak di sana.
Bayaran saman dipotong hingga 50%.
Khairul : Esok saya bercadang untuk pergi kali kedua. Saya nak beli bayangan komputer.
Jangan lupa pada majlis penutupan, minggu depan, ada cabutan bertuah.
Lumayan hadiahnya.
( 6 markah. )
( c ) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan keslahan-kesalahan itu dengan nenulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

i). Pada hari Sabtu, minggu lepas saya pergi melihat pamiran komputer di dewan itu sambil melihat penunjukan silap mata.
ii). Kemalangan jalanraya itu melakukan di hadapan bangunan Lembaga Tabung Haji, Kuala Lumpur.
iii). Mereka mecat bangunan dua tingkat itu selama lima hari saja.

( d ). Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
i). Meja yang dibuat dari kayu jati itu diimport dari Indonesia oleh Syarikat Perabot Bumiputera Sabak Bernam sejak dari tahun 1980-an.
ii). Minggu lepas kami mengunjungi ke rumah Karim terletak di kawasan pendalaman Sabah.
iii). Permaisuri menyiram bersama dayang-dayang di tasik yang terletak di taman bunga yang sungguh indah sangat itu.
( 6 markah )

( e ) Bina ayat daripada pribahasa yang diberi di bawah.
i). bagai aur dengan tebing.
ii). bagai isi dengan kuku.
iii). bagai biduk lalu, kiambang bertaut.
( 6 markah.)