Tuesday, May 4, 2010

Bahasa Melayu - Format SPM

Bahasa Melayu SPM terbahagi kepada dua (2) kertas. Bahasa Melayu Kertas 1 dan Bahasa Melayu kertas 2.
Bahasa Melayu Kertas 1 terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A merupakan Karangan Berpandu. Satu soalan sahaja ( mesti dijawab oleh calon SPM ). Kepanjangan karangan yang perlu dibuat untuk bahagian ini adalah antara 200 - 250 patah perkataan. Markah yang diperuntukkan untuk Bahagian A ini ialah 30 markah dan masa yang dicadangkan untuk calon menjawab soalan ini ialah 45 minit sahaja.
Bahasa Melayu Kertas 1, Bahagian B pula terdiri daripada lima ( 5 ) soalan. Pelajar dimestikan menjawab satu soalan sahaja daripada 5 soalan tersebut. Hal ini bermaksud, pelajar boleh memilih satu soalan yang mereka suka untuk dijawab. Markah yang diperuntukkan untuk bahagian ini ialah 100 markah dan masa yang diberi untuk menjawab bahagian ini ialah 1 jam 30 minit. Pada kebiasaannya Soalan 1 berkaitan dengan diri pelajar atau remaja, Soalan 2 berkaitan dengan keluarga, Soalan 3 berkaitan dengan isu negara, Soalan 4 berkaitan dengan isu antarabangsa dan Soalan 5 berkaitan dengan KOMSAS.
Bahasa Melayu Kertas 2 pula mengandungi 4 Soalan. Bahasa Melayu Kertas 2 ini perlu dijawab dalam masa dua jam tiga puluh minit. Markah yang diperuntukkan pula ialah 110 markah.
Soalan 1 ialah rumusan. Calon SPM dikehendaki merumus petikan karangan yang panjangnya lebih kurang 360 patah perkataan kepada 120 patah perkataan. Markah yang diperuntukkan untuk soalan 1 ini ialah 30 markah.
Soalan 2 pula ialah pemahaman. Soalan 2a merupakan pemahaman umum iaitu pemahaman daripada petikaan rumusan yang diberi dalam soalan 1. Calon SPM dikehendaki menjawab 3 solan sahaja daripada petikan tersebut. Markah yang diperuntukkan untuk soalan 2a ini ialah 9 markah. Soalan 2b pula merupakan soalan pemahaman daripada petikan cerpen atau petikan drama yang terkandung dalam Antologi Anak Laut atau Antalogi Kerusi. Soalan yang perlu dijawab oleh calon SPM ialah tiga ( 3 ). Markah yang diperuntukkan pula ialah sembilan (9) markah. Soalan 2c pula ialah pemhaman daripada petikan prosa klasik yang diambil daripada Antalogi Anak Laut atau Antalogi Kerusi.

Biodata Saya

Kamaruzzaman bin Daud
Guru Cemerlang Bahasa Melayu DG 44