Wednesday, November 2, 2011

JENIS-JENIS PENDAHULUAN KARANGAN

JENIS-JENIS PENDAHULUAN KARANGAN

1. Pendahuluan Jenis Difinisi.
Contoh : a. Rasuah.
Perlakuan rasuah dalam erti kata memberikan sesuatu kepada orang yang berkuasa dengan harapan untuk mendapat keistimewaan sebagai balasan, sudah lama wujud dalam sejarah manusia. Isu rasuah terutama bagi negara yang sedang membangun seperti Malaysia adalah satu isu yang cukup emosional. Polemik mengenainya boleh menimbulkan pelbagai reaksi seperti marah, meluat, benci, jijik dan juga kekecewaan. Amalan rasuah yang kini menjadi budaya di sesetengah negara ada kalanya turut dianggap sebagai perkara biasa di kalangan rakyat Malaysia. Gejala negatif ini telah menjadi duri dalam daging sehingga menimbulkan implikasi buruk lain sehingga boleh memporak-perandakan masyarakat dan turut menggangu sistem pentadbiran negara.
Contoh b.
Soalan Contoh
Isu penderaan kanak-kanak masih lagi berlaku walaupun negara kita sudah mencapai kemajuan yang pesat. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan kes ini sentiasa berlaku dan berulang.

Contoh Pendahuluan.
“Dera” bermaksud pukulan dengan rotan, tali pinggang, atau alat-alat lain sebagai hukuman. “Mendera” bermaksud memukul dengan menggunakan alat-alat yang dinyatakan tadi. “Penderaan” pula bermaksud melakukan perbuatan mendera. Sebenarnya penderaan terbahagi kepada dua jenis iaitu penderaan berbentuk fizikal dan penderaan berbentuk mental. Berdasarkan kajian, banyak terdapat punca yang menyebabkan perbuatan ini berlaku terutamanya kepada kanak-kanak.





2. Pendahuluan Jenis Pendapat
 Soalan Contoh
Kepentingan bahasa Inggeris kepada rakyat dan negara. Bincangkan.

Contoh Pendahuluan.
Tun Dr. Mahathir pernah menyatakan bahawa kita tidak akan mencapai kemajuan yang cepat jika kita tidak menumpukan perhatian dalam penguasaan bahasa Inggeris. Beliau mengatakan bahawa kebanyakan ilmu yang terdapat dalam dunia ini terungkap dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, kita mestilah memberikan penekanan terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan kita. Menurut beliau bahasa Inggeris banyak kepentingan atau kebaikannya, sama ada kepada rakyat mahupun negara.

3. Pendahuluan Jenis Suasana
 Soalan Contoh
Jiran anda telah ditimpa kemalangan ngeri kerana rumahnya tertimbus oleh runtuhan batu. Gambarkan keadaan dan suasana pada masa kejadian itu berlaku.

Contoh Pendahuluan
Apabila saya sampai di tempat kejadian itu, saya terdengar akan jeritan manusia dari celah-celah rekahan batu. Selain itu, tangisan bayi dan kanak-kanak jelas kedengaran dari sebuah bilik yang berdekatan dengan runtuhan batu tersebut. Pada ketika itu, pasukan penyelamat masih belum tiba lagi. Saya menjadi gelabah kerana buntu untuk melakukan sesuatu tindakan. Namun begitu, saya menggagahkan semangat dan mencuba untuk melakukan sesuatu supaya mangsa yang berada di bawah runtuhan batu itu dapat diselamatkan.
4. Pendahuluan Jenis Persoalan
 Soalan Contoh
Akhir-akhir ini, kejadian kemalangan di jalan raya berlaku hampir setiap hari. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan ini berlaku?
Contoh Pendahuluan
Tahukah anda bahawa hampir setiap hari ada sahaja kemalangan di jalan raya yang dilaporkan di media massa? Siapakah yang patut disalahkan, penggunaan jalan raya atau pihak kerajaan? Persoalannya, apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan ini berlaku?
5. Pendahuluan Jenis Peribahasa
Soalan Contoh
Tulis suatu rencana yang bertajuk “Perpaduan Asas Kemajuan” untuk dimuatkan dalam majalah sekolah anda.

Contoh Pendahuluan
Orang Melayu sememangnya kaya dengan peribahasa yang meliputi semua aspek kehidupan. Antara peribahasa yang menekankan aspek kerjasama dan perpaduan termasuklah “Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni”, “Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”, “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”, “Bagai aur dengan tebing”, dan “Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua”. Semua peribahasa yang dinyatakan itu sebenarnya membawa konsep kerjasama dan perpaduan yang utuh antara ahli dalam masyarakat. Konsep ini perlu diamalkan sepanjang masa kerana perpaduan asas kemajuan sesebuah negara.

6. Pendahuluan Jenis Sejarah
Soalan Contoh
Bincangkan punca-punca yang menyebabkan mutu sukan bola sepak di negara kita merosot.
Contoh Pendahuluan.

Pada tahun 1972, pasukan bola sepak negara kita telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan bola sepak Sukan Olimpik di Munich, Jerman. Kejayaan ini diulang pada tahun 1980 apabila pasukan kita layak menyertai Sukan Olimpik di Moscow, Rusia. Pada akhir tahun 1970-an dan awal tahun 1980-an pula, keupayaan pasukan bola sepak negara kira setanding dengan keupayaan pasukan bola sepak Korea Selatan. Namun demikian, apakah punca-punca yang menyebabkan mutu sukan bola sepak negara kita sekarang ini begitu jauh merosot atau ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain?
PENDAHULUAN UMUM:
Isu ini merupakan isu lama yang masih tidak dapat diselesaikan sepenuhnya walaupun pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab. Isu ini masih dibincangkan di warung-warung kopi, di media massa, dan di parlimen. Isu remaja lari dari rumah ini perlu dicari puncanya dan perlu diatasi segera. Terdapat beberapa faktor remaja lari dari rumah.

Tuesday, October 25, 2011

LATIHAN TATABAHASA BM SPM

LATIHAN 27
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa.
(30 markah)
Jawab semua soalan.

(a).Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukar imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atu nama khas.
i). ketupat - ketuat.
ii) gegar - tegar.
iii) seram - geram.
(6 markah )

(b) Klasifikasikan ayat-ayat di bawah mengikut jenisnya.
i). “Cis, berani kau menderhaka kepada sultan……!”
ii). Tolong ambilkan saya buku itu.
iii). Kereta yang baru dibeli oleh Pak Uda itu berwarna merah.
iv). Di mana kamu membeli beg itu ?
v). Sila masuk ke teratak buruk saya ini.
vi). Setelah ditimpa kemalangan yang dahsyat itu barulah dia bertaubat dan mahu mengerjakan ibadah.
( 6 markah )

( c ) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan keslahan-kesalahan itu dengan nenulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
i). Sambutan Hari Raya Aidil Adha di Taman Makmur dimeriahkan lagi dengan adanya majlis kurban iaitu penyembelihkan beberapa ekor lembu.
ii). Pemulangan Karim ke kampong ditunggu-tunggu oleh ibunya yang sudah tua itu.
iii). Semasa cuti sekolah yang baharu lalu kami melancung ke Pulau Tioman.
( 6 markah )

( d ). Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
i) Katijah menonton basikalnya yang pumcit itu ke kedai Encik Latif.
ii). Apabila dahaga saya makan sebotol air yang membekalkan oleh ibu.
iii). Proses pedalaman sungai itu di lakukan oleh Jabatan Parit dan Saliran.
( 6 markah )

(e ) Bina ayat daripada peribahasa di bawah.
i). Seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
ii). Sekali air bah sekali pantai berubah.
iii). Hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicicah.
( 6 markah )

Monday, October 17, 2011

LATIHAN TATABAHASA B. MELAYU SPM

LATIHAN 28
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa.
(30 markah)
Jawab semua soalan.

(a).Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukar imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atu nama khas.
i). amal ii). beramal.
iii) amalan iv). mengamalkan.
v). pengamal vi). pengamalan.
( 6 markah )

(b) Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksudnya.
i). Hadiah itu disampaikan oleh pengetua semasa perhimpunan mingguan.
ii). Bangunan itu dibina oleh pekerja-pekerja yang didatangkan dari Indonesia.
iii). Penyembelihan lembu itu dilakukan oleh Ustaz Mohd Norkarshani.
( 6 markah )

( c ) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan keslahan-kesalahan itu dengan nenulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
i). Pertandingman merentas desa disekolah kami akan diadakan pada bulan Januari setiap tahun.
ii). Tayangan filem itu mengadakan serentak di semua pagawam di Malaysia.
iii). Penjenayahan itu telah berjaya di tangkap oleh pasukan polis dari Bukit Aman.
( 6 markah ).

( d ). Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
i). Kami memaksa berjalan kaki sejauh lima kilometer kerana ketipisan minyak motosikal.
ii). Ahli gusti itu terpaksa dimasukan ke hospital kerana kesakitan parah di kepala.
iii). Pak Harum mengail ikan menggunakkan jala.
( 6 markah )

(e) Beri peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat di bawah.
i) Ramai pelajar kelas itu tidak mahu berkawan dengan Norhayati kerana dia seorang yang tidak pandai menyimpan rahsia.
ii). Manshor seorang yang tidak tahu malu, dia selalu membuat bising di majlis pengajian agama.
iii). Yusof seorang yang tidak pandai menghargai pemberian orang lain, dia membuang hadiah yang diberi oleh guru kerana dianggapnya murah.
LATIHAN 29
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa.
(30 markah)
Jawab semua soalan.

(a).Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukar imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atu nama khas.
i). rendang ii). rimbun.
iii). lebat iv). padat.
v). penuh vi). sesak.

( 6 markah )

(b) Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah
i). “Tolong belikan ibu dua kilogram gula, sekilogram tepong gandum dan tiga kilogram minyak masak.” Kata Mak Limah kepada Zaidi.
ii). “ Masukkan kulit gula-gula itu ke dalam tong sampah” kata guru disiplin kepada Mutusamy.
iii). “ Jangan biarkan anak-anak anda bermain seorang diri di Taman Permainan” pesan ketua polis itu kepada ibu bapa.

( 6 markah )

(c) Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan imbuhan. Betulkan kesalahan ejaan dan kesalahan imbuhan itu dan salin semula ayat tersebut,
Kementerian Pelajaran mengarahkan semua belajar mesti mematuhkan peraturan berpakaian semasa berada di sekolah. Pelajar lelaki mesti memakai baju berlengan pindek berwarna putih dan berseluaran panjang berwarna hijau gelap. Pelajar perempuan pula memakai baju kurong berwarna putih dan terkain biru muda.da

( 6 markah )

(d) Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Betulkan kesalahan istilah dan kesalahan tatabahasa itu dan salin semula ayat tersebut,
Kementerian Pelajaran akan menadakan Persidangan Kelima Meja Bulat bagi mengumpul lebih banyak data sebelum membuat pemutusan bersangkutan dasar Pelajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong berkata, persidangkan itu akan mencakupi ahli akademik, professional pendidikan, persatuan ibu bapa dan guru serta pihak berkepentingan yang lain.

( 6 markah )

(e) Baca petikan di bawah dengan telii, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang dapat dikaitkan dengan isi petikan tersebut.
Sudah banyak kali Mak Timah menasihati anaknya, Rizal supaya tidak merempit dengan kawan-kawannya tetapi tidak diendahkan oleh Rizal. Pada suatu malam Rizal terlibat dengan kemalangan jalan raya. Kakinya tepaksa dipotong, dia amat menyesal tetapi sudah terlambat. Mak Timah amat menyayangi anak tunggalnya itu, dia menjaga anaknya itu dengan penuh kasih sayang meskipun kecewa dengan sikap Rizal selama ini.

( 6 markah )

LATIHAN TATABAHASA B. MELAYU SPM

LATIHAN 30
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa.
(30 markah)
Jawab semua soalan.

(a).Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukar imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atu nama khas.
i). goreng ii). rebus.
iii). tanak iv) jerang.
v). bakar vi). kukus.
( 6 markah )

(b) Baca petikan di bawah, kemudian sambungkan ayat-ayat tersebut supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud asalnya.
Malaysia berjaya mengeluarkan kereta nasional sendiri. Kereta itu dikeluarkan pada tahun 1985. Pada awalnya pengeluaran kereta itu mendapat keritikan yang hebat. Keritikan itu datangnya dari rakyat Malaysia sendiri. Setelah beberapa tahun pengeluaranya, Proton mendapat pujian dari masyarakat sekeliling. Proton juga mendapat pujian daripada rakyat luar Negara.

( 6 markah )

( c ) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan keslahan-kesalahan itu dengan nenulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya
i). Pasangan penyanyi itu di tangkap berkhaluat di sebuah rumah banglo di atas bukit.
ii). Polis berjaya memberkas pengedar dadah itu ketika penyerahkan bungkusan yang mengkandungi dadah kepada pembelinya di sebuah felda di negeri Perak.
iii). Semua buku rujukan tidak boleh di bawa keluar daripada perpustakaan.
( 6 markah )


( d ). Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.Betulkan ayat tersebut dan nulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
i). Perjumpaan yang tidak disengajakan itu menyebabkan mereka berkenalan dan menjadi persahabatan yang akrab.
ii). Kejayaannya dalam pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia yang cemerlang itu menyebabkan dia di tawarkan belajar di luar negara.
iii). Pertengkaran bola sepak itu memperlihatkan kehebatan Ronaldino menjaringman gol.
( 6 markah )

(e) Isikan tempat kosong dalam petikan di bawah dengan peribahasa yang sesuai.

i). Dia seorang pelajar yang suka bercakap dan membuat bising di dalam kelas, dia seperti __________________________________.
ii). Kuntum seorang yang suka menasihatkan orang lain supaya tidk merokok tetapi dia sendiri merokok, Kuntum seperti ________________________________________________________
iii). Ramlan seorang yang suka dipuji, dia __________________________________________ .
( 6 markah

Friday, October 14, 2011

Latihan Rumusan dan Pemahaman Umum

LATIHAN 1
Soalan 1: Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan globalisasi terhadap pendidikan negara dan cara-cara mengatasinya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah kata.
Kemunculan gelombang globalisasi bermula selepas tamatnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1945.Rata-rata negara yang terlibat dalam peperangan tersebut mengalami masalah untuk membangunkan ekonomi mereka semula.Lantaran itu Amerika Syarikat berhasrat memajukan sektor perindustrian mereka supaya lebih maju dan kehadapan daripada negara-negara Eropah terutam Britain.Maka untuk tujuan tersebut, suatu bentuk pasaran baru telah dimajukan, iaitu pasaran bebas. Berikutan itu, suatu seminar telah dianjurkan oleh Bretton Woods yang bertemakan globalisasi dari segi ekonomi untuk memulihkan dunia daripada impak peperangan. Globalisasi yang semakin hangat diperkatakan merujuk kepada suatu cara hidup tanpa sempadan dan saling berkaitan serta suatu bentuk sistem ekonomi yang diterima pakai di dunia.
Walaupun secara umumnya globalisasi itu lebih memberikan kesan kepada ekonomi dunia, namun bidang-bidang lain seperti politik dan pendidikan tidak terkecuali daripada menerima impaknya.Natijah daripada dunia tanpa sempadan, pendidikan negara kini terbuka kepada dunia luar sama ada untuk proses pembelajaran mahupun penubuhan cawangan universiti. Hal ini selaras dengan keinginan menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Dunia.Peluang ini sudah semestinya direbut oleh universiti luar negara terutama yang terkemuka dan berprestij untuk membuka cawangannya di negara ini.Hal ini secara tidak langsung memberi kesan yang bukan sedikit kepada institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan terutamanya institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).Dalam hal ini, para pelajar lebih cenderung memilih universiti luar yang lebih ternama demi memudahkan mereka memasuki pasaran kerja kelak.Hal inilah yang berlaku dalam realiti sebenar apabila graduan IPT luar negara menjadi pilihan utama majikan berbanding dengan graduan IPT tempatan yang seolah-olah menjadi graduan kelas kedua.Fenomena ini menyebabkan IPT tempatan mengalami masalah kekurangan pelajar dan akhirnya membawa kepada penutupan IPT berkenaan khususnya IPTS yang bersaiz kecil.
Kesan globalisasi juga akan meminggirkan bahasa Melayu atau bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu. Hal ini berlaku kerana kebanyakan universiti tersebut menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.Selain itu, para pelajar lebih mudah memperoleh maklumat melalui internet yang hampir kesemuanya dalam bahasa Inggeris.Jika hal yang sedemikian berlaku, bahasa Melayu akan menjadi bahasa kedua dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan usaha-usaha ke arah pembinaan bangsa Malaysia akan terbantut. Berkemungkinan juga situasi ini dapat menggangu gugat perpaduan kaum yang sedia terjalin utuh sejak dahulu lagi.Jika tidak ditangani dengan bijaksana maka tidak mustahil akan hilanglah slogan Bahasa Jiwa Bangsa yang dilaung-laungkan selama ini dalam jiwa generasi muda.
Percambahan pesat cawangan universiti luar negara juga akan terus mengukuhkan pengkomersialan pendidikan itu sendiri. Para korporat pendidikan akan memperoleh keuntungan maksimum dalam industri pendidikan. Situasi ini menyebabkan banyak pihak menyuarakan kebimbangan mereka bahawa matlamat dan objektif sebenar pendidikan itu tidak mampu dicapai. Pengkomersialan pendidikan ini juga akan terus menafikan konsep pendemokrasian pendidikan di negara ini. Hal ini demikian kerana hanya pelajar yang mampu berpeluang melanjutkan pendidikan mereka kerana kadar yuran pengajian yang dikenakan terlalu tinggi. Kesan yang tidak kurang pentingnya juga apabila penghayatan terhadap ilmu terkubur sedikit demi sedikit.Perkara tersebut terjadi kerana para pelajar hanya menuntut ilmu tanpa menghayati ilmu yang diperoleh.Selain itu, sistem pendidikan akan gagal menerapkan pembentukan sahsiah dalam kalangan pelajar. Sewajarnya perkara-perkara ini disedari oleh semua pihak dan langkah-langkah yang komprehensif perlulah diambil untuk menanganinya.Dalam hal ini, kerajaan seharusnya memastikan kesan globalisasi tidak menjejaskan segala yang dikecapi dan dirancang selama ini.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana“Kesan Globalisasi terhadap Pendidikan Negara” oleh Nazri Muslim Fokus, September 2007)
[30 markah]



Soalan 2: Pemahaman
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
i. Berikan maksud rangkai kata pasaran baru telah dimajukan. [2 markah]


ii. Apakah kesan globalisasi kepada bahasa Melayu? [3 markah]


iii. Pada pendapat anda, bagaimanakah pendidikan negara dapat dimajukan agar setaraf dengan pendidikan di negara-negara maju tanpa terikat dengan gelombang globalisasi? [4 markah]

Thursday, September 8, 2011

LATIHAN TATABAHASA B.MELAYU TINNG 5

LATIHAN 4.
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa.
(30 markah)r
Jawab semua soalan.

(a).Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukar imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atu nama khas.
( i ). Objektif. (ii). subjektif.
(iii). konstruktif (iv). insentif
(v). efektif. (vi). negatif. ( 6 markah )

(b). Tukarkan ayat-ayat yang berikut menjadi ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
(i). Pokok bunga ros dan bunga matahari yang hidup subur itu ditanam oleh ibu Karim.
(ii). Lagu yang diminati ramai itu telah dicipta oleh komposer terkenal tanah air.
(iii). Rambut murid itu baru sahaja dipotong oleh guru disiplin.
(iv). Kata-kata yang kurang sopan itu telah dituturkan oleh orang itu.
(v). Wang yang banyak telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk membangunkan negara.
(vi). Jenayah ragut perlu ditangani dengan berkesan oleh pihak berkuasa.
( 6 markah.)
( c ). Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat-ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i). Kita berharap agar usahawan tulin akan diberikan peluang untuk pembuktian kemampuan masing-masing.
(ii). Kerajaan perlu menetap beberapa prosidur atau syarikat kepada pemaju projek yang mendapat kontrak daripada kerajaan.
(iii). Pihak polis perlu menyedia profail setiap pendatang asing yang masuk ke negara kita bagi menangani masalah jenayah.
( 6 markah.)
( d ). Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i). Perdana Menteri menekankan tentang peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan bidang awam bagi melancarkan pelaksanaan program pembangunan negara.
(ii). Pihak penganjur kejohanan itu akan membantutkan kemenangan beberapa peserta-peserta yang gagal dalam ujian dadah.
(iii). Kakak mengelap krim peembab di mukanya untuk mengelakkan masalah kekeringan kult yang dihadapinya.
( 6 markah )
( e ) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.
(i).Penduduk kampung itu hidup bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain.
(ii). Mutusamy menyimpan dendam yang teramat sangat terhadap Ramasamy kerana Ramasamy pernah mencuri wangnya.
(iii). Kanak-kanak tiga beradik itu tidak tahu hendak tinggal dengan siapa kerana ayah dan ibu mereka baru sahaja meninggal dunia kerana kemalangan. ( 6 markah.)

Wednesday, September 7, 2011

LATIHAN TATABAHASA B. MELAYU TING. 5

LATIHAN 3
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa.
(30 markah)
Jawab semua soalan.

(a).Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukar imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atu nama khas.
(i). bas kilang. (ii) kilang bas.
(iii). kertas bunga. (iv) bunga kertas.
(v) kasut getah. (vi) getah kasut.
( 6 markah )
(b) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
(i). Kakak menyiram pokok bunga di halaman rumah setiap petang.
(ii). Ibu mengelap lantai rumah yang basah.
(iii). Muthu mencuci kereta ayahnya yang baru dibeli minggu lepas.
( 6 markah )
( c ) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan keslahan-kesalahan itu dengan nenulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya
(i). Cendikiawan dari seluruh Negara Asean berkumpul di Malaysia untuk bincang masalah pencemaran alam pada hari ini.
(ii). Calun angkasawan Malaysia yang terpilih menyertai angkasa Rusia ialah seorang wanita.
(iii). Baru-baru ini Jabatan Pertanian telah mencipta satu lagi proses tut durian untok menghasilkan buah yang banyak dan tahan penyakit.
( 6 markah.)
( d ). Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
( i ) Oleh kerana hujan lebat selama dua hari, air sungai itu melebihi ke kawasan bendang kami.
(ii). Adik berdiam diri apabila dinasihati oleh ayah kerana sedar kesalahannya bergaduh dengan anak jiran sebelah rumah.
(iii). Kakak menebang ranting-ranting di pokok bunga raya itu dengan menggunakan sebilah parang.
( 6 markah )

( e ) Isikan tempat kosong dalam ayat di bawah menggunakan peribahasa yang sesuai.
i). Walaupun sering bergaduh, kanak-kanak dua beradik itu akan berbaik semula,
seperti …………………………………………..
ii). Norhayati tidak suka berkawan dengan rakan-rakan sekelasnya, dia sering kelihatan
seorang diri sahaja, seperti ………………………………………………..
iii). Pak Rahman sering melarang anak-anak muda kampong itu berjudi, tetapi dia juga
turut berjudi apabila mempunyai banyak wang, dia seperti ……………………
( 6 markah )

LATIHAN TATABAHASA B. MELAYU TING. 5

LATIHAN 2.
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa.
(30 markah)
Jawab semua soalan.

(a).Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukar imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atu nama khas.
i). dalam ii). mendalami
iii). terdalam. iv). pedalaman
v). pendalaman. Vi). mendalam.
( 6 markah.)

(b) Tukarkan ayat songsang di bawah kepada ayat susunan biasa.
i).membaca buku Ali di bawah pokok besar itu.
ii) memancing ikan di laut dalam, abang bersama-sama kawan-kawan.
iii) di perpustakaan awam, Zainab dan kawan-kawan membaca buku.
( 6 markah ).

( c ) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan keslahan-kesalahan itu dengan nenulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya
i).Semangat patriotisma generasi sebelum merdeka sangat tinggi bandingkan generasi hari ini.
ii). Zainab sering membantu kakaknya membuat kueh raya untuk berjual sebelum hari raya menjelang tiba.
iii). Harga gula pasir yang tidak manasabah telah naik oleh pengilang walaupun gula tersebut diproses di negara ini.
( 6 markah )

( d ). Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.Betulkan ayat tersebut dan nulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
i). Air Terjun Niagara dikatakan air terjun paling tertinggi sekali di dunia menyebabkan -tempat tersebut menjadi tujuan pelancong dari seluruh dunia.
ii). Setiap petang sebelum pulang ke rumah ibu mendorong goreng pisang di gerai berhampiran pejabat tempat ibu bekerja.
iii). Kemeriahan Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar sekolah kami telah berseri dengan paluan kompang sebaik sahaja kehadiran Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia.
( 6 markah ).

( e ) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.
(i). Berita tentang pergeseran dua orng artis itu memang diakui oleh rakan-rakan rapat mereka yang ditemu duga oleh wartawan.
(ii). Jiran saya menghalau anaknya yang menentang pendiriannya kerana dia berpegang teguh pada adapt yang diwarisinya daripada ayah dan ibunya.
(iii). Banyak pengalaman dan pengajaran yang diperolehnya semasa dia berkunjung ke beberapa buah negara Eropah baru-baru ini.
( 6 markah.)

LATIHAN TATABAHASA B. MELAYU TINGKATAN 5

LATIHAN 1
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa.
(30 markah)
Jawab semua soalan.

(a).Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukar imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atu nama khas.
i). nama ii). bernama.
iii). menamai. iv). menamakan.
v). kenamaan. vi).ternama.
( 6 markah )
(b) Tulis perbualan di bawah dalam bentuk cakap pindah dengan mengekalkan maksud asalnya.

Khairul : Ramai orang datang melihat pameran komputer yang diadakan di Dewan
Tengku Abdul Rahman, Ipoh.
Karim : Ya la ! Saya pun sempat juga ke sana pada hari Sabtu lalu. Banyak komputer
yang dijual di sana.
Rosnah : Nak buat “Mykad” pun boleh. Saman lalu lintas pun boleh disemak di sana.
Bayaran saman dipotong hingga 50%.
Khairul : Esok saya bercadang untuk pergi kali kedua. Saya nak beli bayangan komputer.
Jangan lupa pada majlis penutupan, minggu depan, ada cabutan bertuah.
Lumayan hadiahnya.
( 6 markah. )
( c ) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan keslahan-kesalahan itu dengan nenulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

i). Pada hari Sabtu, minggu lepas saya pergi melihat pamiran komputer di dewan itu sambil melihat penunjukan silap mata.
ii). Kemalangan jalanraya itu melakukan di hadapan bangunan Lembaga Tabung Haji, Kuala Lumpur.
iii). Mereka mecat bangunan dua tingkat itu selama lima hari saja.

( d ). Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
i). Meja yang dibuat dari kayu jati itu diimport dari Indonesia oleh Syarikat Perabot Bumiputera Sabak Bernam sejak dari tahun 1980-an.
ii). Minggu lepas kami mengunjungi ke rumah Karim terletak di kawasan pendalaman Sabah.
iii). Permaisuri menyiram bersama dayang-dayang di tasik yang terletak di taman bunga yang sungguh indah sangat itu.
( 6 markah )

( e ) Bina ayat daripada pribahasa yang diberi di bawah.
i). bagai aur dengan tebing.
ii). bagai isi dengan kuku.
iii). bagai biduk lalu, kiambang bertaut.
( 6 markah.)