Thursday, October 4, 2012


CERPEN TINGKATAN 5 2012.

CERPEN 4: PENANGGUNGAN.

A: SINOPSIS:
           
Kapten Mamat terkenang kembali peristiwa anak kapalnya, Baharum yang telah terjatuh dari tiang agung lalu mati serta merta. Baharum meninggalkan seorang balu dan dua orang anak.
            Kebelakangan ini, nama Kapten Mamat agak harum. Kisah kehidupannya di laut terpampang di akhbar. Dia seorang kapten yang telah banyak berjasa. Peristiwa yang paling pahit baginya ialah kematian Baharum.
            Kapten Mamat tidak sanggup melihat penderiaan batin balu Baharum. Dia tidak sanggup menghadapi anak lelaki Baharum yang bertanya-tanyakan bapanya. Dia tidak sanggup melihat wajah dan tangisan mereka.
            Balu Baharum, Masnah tidak sanggup melihat anak-anaknya menjadi kelasi. Kapten Mamat cuba menenangkan hatinya dengan memberitahu Masnah bahawa nasibnya, anak-anaknya akan diperjuangkan oleh kesatuan. Mereka akan dibayar pampas an. Namun begitu, Masnah risau akan masa hadapan anak-anaknya yang tidak terjamin.
            Kapten Mamat telah menasihatkan Masnah dengan menyatakan bahawa ajal suaminya, Baharum telah ditakdirkan Tuhan. Hajat Baharum untuk mati dilaut kempunan. Kapten Mamat memuji Baharum yang berkhidmat kepada bangsa dan negaranya.
            Jiwa Masnah tertekan. Isteri Kapten Mamat cemas melihat keadaan Masnah. Masnah asyik menyatakan bahawa, sekiranya suaminya tidak menjadi kelasi, sekiranya dia tidak memanjat tiang ketika laut bergelora, suaminya akan masih bernyawa. Kemudian Masnah pengsan. Sudah empat kali Masnah pengsan.
            Isteri Kapten Mamat mencadangkan agar khimat bomoh digunakan untuk mengubati Masnah tetapi Kapten Mamat tidak bersetuju. Kata Kapten Mamat, Masnah Cuma diserang panah hangat. Dia mengarahkan isterinya supaya member Masnah minum air suam apabila dia sedar nanti. Masnah perlu banyak berehat.
            Sesudah pulih, Masnah memberitahu hajatnya untuk membawa anak-anaknya pulang ke kampong halaman. Masnah merasakan bahawa penyakitnya susah dipulihkan. Kapten Mamat menasihatinya agar mendapatkan khidmat doktor.
            Apabila diperintah, Kapten Mamat akan belayar mengikut jadual, belayar dari satu pelabuhan ke satu pelabuhan tanpa mengambil kira keadaan laut. Kapal Kapten Mamat digunakan untuk mengangkut dan memunggah barangan keperluan beribu-ribu manusia.
            Apabila menjalankan tugasnya di kapal, Kapten Mamat akan terkenangkan Baharum. Baharum mati awal seperti banyak lagi manusia yang mati awal. Bagi Kapten Mamat, kematian tidak dapat dielakkan. Kata isteri Kapten Mamat, selagi manusia masih hidup, manusia akan menanggung beban kehidupannya. Akhirnya Masnah menerima hokum alam. Dia menerima apa-apa yang terjadi adalah lumrah kehidupan.  

B) TEMA :
            Cabaran kehidupan yang dihadapi oleh seorang nakhoda kapal.

C ) PERSOALAN:
i.                    Penderitaan batin seorang isteri yang kehilangan suaminya.
ii.                  Malapetaka di trmpat kerja.
iii.                Keperihatinan seorang nakhoda kapal.


D ) NILAI :
i.                    Prihatin.
ii.                  Tabah.
iii.                Berani.
iv.                Rasional.

E) PENGAJARAN.

i.                     Kita hendaklah prihatin terhadap mereka yang berada dalam kesedihan seperti
       Kapten Mamat dan isterinya yang prihatin terhadap Masnah yang kehilangan suami.
ii.                   Kita mestilah tabah menghadapi dugaan kehiupan seperti Masnah yang akhirnya
             tabah menghadapi kematian suaminya.
iii.                Kita mestilah berani mengharungi cabaran kerjaya seperti Kapten Mamat yang berani
       menjelajah lautan yang luas dan bergelora.
iv.                Kita perlulah menggunakan akal fikran yang rasional seperti Kapten Mamat yang
      menasihati Masnah untuk berjumpa doktor bukannya bomoh seperti yang  
      dicadangkan oleh isterinya.

================================================================
 
CERPEN  5 : HUTAN RIMBA.

A: SINOPSIS

            Pak Tua memandu jentolak. Dia sedang meranahkan segala tumbuhan di hadapannya. Meskipun dia berasa bersalah, menyebabkan pelbagai hidupan hutan musnah, tetapi itulah kerjanya. Pak Tua sedar bahawa beribu-ribu malah berjuta-juta tahun telah diambil untuk membentuk hutan yang kini kian dibinasakannya. Dia memejamkan matanya sambil berharap agar hutan yang dirosakkannya kembali rimbun.
            Pak tua membayangkan lori-lori balak yang telah ditebang ke sungai. Balak-balak diikat menjadi rakit, kemudian dihanyutkan ke muara sungai. Isteri Pak Tua, Mak Tua mengatakan bahawa Pak Tua bukan senghaja hendak merosakkan hutan. Pak Tua tidak perlu menyesal. Kata Mak Tua, mereka hanya mencari nafkah kehidupan. Rezeki Tuhan jangan ditolak. Anak-anak mereka Berjaya dibesarkan dan disekolahkan sehingga ke peringkat tertinggi tanpa bantuan daripada sesiapa.
            Pohon belian yang dibalak Pak Tua, telah memampukan Ajam, anak sulungnya membuka perniagaan pengangkutan bas dengan modal ribuan ringgit. Perniagaan itu juga dapat diperkembang hasil suntikan dana demi dana yang disalurkan.
            Hasil penebangan pokok keruing membolehkan Bakar, anak kedua Pak Tua yang memiliki Sarjana Pertanian menjadi Pengurus ladang di sebuah estet kelapa sawit. Hutan dikorbankan untuk kawasan pertanian. Jadi, Pak Tua harus berasa bangga kerana terlibat sama dalam aktiviti pembangunan negara.      
            Keuntungan yang diterima hasil daripada balak seraya menjadikan Melati, anak ketiga Pak Tua seorang pensyarah di sebuah Institut Pengajian Tinggi. Dengan mudah Melati dapat membayar yuran pembelajarannya untuk masuk ke universiti.
            Pendapatan yang diperoleh daripada penebangan balak salangan batu telah membantu Budi, anak bongsu Pak Tua menjadi seorang guru berijazah Sarjana Muda Pendidikan.
            Pak Tua bersyukur, kepada Tuhan kerana dapat membesarkan dan menyekolahkan anak-anaknya. Dia berasa bangga dengan dirinya sendiri. Pendapatannya sebagai pemandu traktor mencecah ribuan ringgit.
            Pak Tua sedar bahawa pokok-pokok banyak berkorban untuknya. Pak Tua tertanya-tanya tentang sebabnya dia tidak mencari pekerjaan lain. Seharusnya Pak Tua mengambil iktibar daripada kejadian dia memusnahkan hidupan air di kampungnya dahulu. Pak Tua dan beberapa orang nelayan menggunakan bom untuk mendapatkan ikan. Mereka tidak sedar bahawa bom itu memusnahkan terumbu karang dan hidupan laut yang lain.
            Kata Mak Tua, hutan mempertemukannya dengan Pak Tua. Pak Tua menaiki kapal menuju ke hulu sungai untuk membuka kem kayu balak. Mak Tua ialah gadis sungai yang selalu mandi-manda sambil membasuh pakaian di sungai.
            Pak Tua tersenyum puas sambil mengumpul buah-buahan tempatan hasil daripada kebunnya manakala buah-buahan hutan didapatkannya dari hutan. Buah-buahan dikumpul untuk anak cucunya.
            Sebuah bas mini dan sebuah kereta tiba di kawasan kebun Pak Tua. Tanah kebun itu diwariskan mentuanya kepada isterinya, Mak Tua. Pak Tua hanya menggunakan sedikit kawasan tanah untuk dibuat rumah dan dusun. Kawasan selebihnya dikekalkan dalam bentuk hutan. Pak Tua ingin menebus kesalahannya memusnahkan hutan.
            Mak Tua meminta anak-anaknya mencarikan pekerja untuk dusun kerana pencuri kayu balak semakin banyak. Melati mencadangkan kawasan hutan simpanan bapanya dijadikan kawasan pelancongan.
            Malam itu mereka sekeluarga bermalam di rumah kebun berhampiran hutan simpanan Pak Tua. Malam itu Pak Tua tidur dikelilingi cucu-cucunya. Dia bercerita tentang hutan rimba yang indah, damai, dan harmonis. Pak Tua yakin mimpi ngerinya tentang kemusnahan hutan rimba telah berakhir.       

B) TEMA:
            Kekesalan seorang pencinta alam yang terlibat dalam aktiviti pembalakan semata-mata untuk menanggung kehidupan keluarganya.

C) PERSOALAN:
            i. Pengorbanan yang perlu untuk pembangunan.
            ii. Tanggungjawab seorang bapa terhadap anak-anaknya.
            iii. Cinta kepada hutan rimba.
            iv. Hutan sebagai sumber ekonomi negara.
            v.  Pulangan yang banyak yang diperoleh daripada kegiatan pembalakan.

D) NILAI :
            i. Mencintai alam semulajadi.
            ii. Tabah.
            iii. Kasih sayang.
            iv. Bersatu padu.

E) PENGAJARAN:
i. Kita hendaklah menghargai alam ciptaan Tuhan seperti Pak Tua yang melestarikan kawasan hutan warisan isterinya.
ii. Kita mestilah tabah menghadapi dugaan hidup seperti Pak Tua yang tabah menghadapi kekesalan yang dirasainya kerana terpaksa memusnahkan hutan untuk membiayai tanggungan keluarga.
iii. Kita mestilah member sokongan emosi kepada mereka yang berhadapan dengan konflik emosi seperti Mak Tua yang menasihati Pak Tua supaya jangan berasa terlalu kesal kerana memusnahkan hutan.
iv. Ahli keluarga mestilah cuba mengeratkan ikatan silaturahim sesame sendiri seperti anak cucu Pak Tua yang datang sama-sama dalam satu kumpulan yang besar untuk menziarahinya.  





CERPEN 6 : TANGGAR AMANAT.

A : SINOPSIS

            Adam, suami Hawa ingin membawa Hawa yang mengandung empat bulan pulang ke Malaysia kerana Taman Nasional Yellowstone dikatakan akan meletup. Hawa berdegil, katanya dia dilahirkan di situ dan berazam untuk mati di situ juga.
            Hawa tidak mahu meninggalkan Taman Nasional Yellowstone kerana ingin mempertahankan hak warisan Ahmad Abdllah. Terdapat kawah gunung berapi di dasar Taman Nasional Yellowstone. Adam mengajak waris Ahmad Abdullah di Malaysia tetapi Hawa enggan. Adam juga amat marah kerana kedegilan Hawa beredar pergi. 
            Tiada sesiapa lagi yang menyanjung Yellowstone. Sudah ada tanda-tanda yang membimbangkan yang menunjukkan Yellowstone tidak lagi selamat. Yellowstone terpaksa ditutup.
            Hawa berasa pening tetapi dia cuba melawan pening itu. Dia membayangkan keindahan Yellowstone. Peningnya semakin memuncak. Badannya menggigil-gigil. Tiba-tiba ada letupan yang dahsyat. Segala-gala yang dilihatnya merah.
            Hawa telah masuk ke dalam suatu alam yang sungguh menakjubkan. Dia masuk ke dalam rahimnya sendiri. Berhadapan dengannya ialah janin kandungannya. Janin itu member salam kepadanya. Lapan tahun Hawa cuba mengandung. Janin itu ialah generasi kelapan Ahmad Abdullah.
            Zuriat Hawa memberitahu ibunya bahawa ia berhasrat untuk mengembangkan empayar Ahmad Abdullah. Namun demikian zuriat itu tidak mahu mengembangkan warisan itu di Yellowstone.
            Ahmad Abdullah dan Maria Cruz Abdullah telah memulakan perniagaan chalet di Yellowstone. Zuriat Hawa memuji ibunya kerana berjaya mengembangkan perniagaan warisan keluarga. Hawa menawrkan pelbagai jenis perkhidmatan sehinggalah kepada kursus motivasi musim bunga. Hawa memotivasikan peserta-peserta yang kebanyakannya terdiri daripada orang putih- keturunan Melayu Ahmad Abdullah memotivasikan orang putih.
            Zuriat Hawa meminta ibunya untuk mematuhi pujukan bapanya. Zuriat Hawa menyedarkan Hawa supaya tidak mengalirkan keuntungan ke Amareka Syarikat yang membiayai Israil yang memusnahkan negara-negara Islam. Ia mengingatkan ibunya bahawa Yellowstone akan meletup
            Zuriat Hawa berkata bahawa sekiranya Ahmad Abdullah masih hidup beliau akan menasihati Hawa untuk menyelamatkan keturunannya. Harta warisan yang amat berharga ialah zuriat Hawa, bukannya warisan perniagaan di Yellowstone.
            Tiba-tiba Hawa mendengar namanya dipanggil berkali-kali. Adam yang memanggilnya. Hawa berjanji akan menjadi isteri yang setia. Dia memberitahu suaminya bahawa anak mereka itu lelaki.

B) TEMA;
            Keazaman seorang wanita untuk mempertahankan hak warisan nenek moyang.

C ) PERSOALAN;
1.      Kerisauan  penghuni yang tinggal berdekatan Taman Nasional Yellowstone.
2.      Kecekapan mengusahakan perniagaan.
3.      Kritikan terhadap Negara yang memusnahkan Negara-negara Islam.
4.      Kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.

D) NILAI:

i.  Kasih sayang.
ii.  Tabah.
iii.Berani.
iv.Rasional.

E) PENGAJARAN.
i. Kita mesti menyayangi keluarga kita seperti keluarga Hawa yang saling menyayangi antara satu sama lain.
ii. Kita mestilah tabah menghadapi dugaan seperti Hawa yang tabah menghadapi dugaan di dalam rahimnya.
iii.Kita mestilah berani seperti Hawa yang berani untuk terus menetap di Yellowstone walaupun tahu keadaan di sana bebahaya.
iv.Kita perlulah menuruti nasihat yang berasas seperti Hawa yang akhirnya menuruti nasihat suaminya untuk berpindah daripada Taman Nasional Yellowstone yang menunjukkan tanda-tanda akan meletus.

  

Friday, September 14, 2012


  PEPERIKSAAN  PERCUBAAN SPM TAHUN 2012 NEGERI SELANGOR :
BAHASA MELAYU KERTAS 2
SKEMA JAWAPAN


SOALAN 1
Rumusan

Pendahuluan                                                                                                                Markah
Petikan membincangkan/ merumuskan/ membincangkan/ menerangkan /
menyatakan/  menjelaskan      faktor/ punca     berlakunya pencemaran air  di negara ini.       2

Rumusan tentang  faktor/ punca     berlakunya pencemaran air  di negara ini.                         2

Petikan  membincangkan faktor/punca berlakunya pencemaran air.                                      1                                                                    

           
Isi tersurat [4 hingga 12 markah]
(Sebab-sebab berlakunya pencemaran air)
1. pembuangan sisa kumbahan (yang tidak sempurna – tiada = 0 markah)                             2
2. Aktiviti pertanian sama ada yang berskala kecil(1m) mahupun berskala besar(1m)             2
3. Pembukaan dan penerokaan tanah (yang tidak terkawal – tiada = 0 markah)                     2
4. Penggunaan racun serangga(1m) dan baja kimia(1m) dalam bidang pertanian                    2
5. Aktiviti penternakan juga menjadi masalah besar / Aktiviti penternakan haiwan /
    Aktiviti penternakan seperti penternakan ayam, lembu, kambing, dan babi (mana-
    mana dua contoh)                                                                                                            2

6. Sikap ambil mudah masyarakat yang membuang sampah ( terus ke dalam longkang
    dan sungai – tiada = 0 markah)                                                                                         2

7. Pengaliran dan pembuangan sisa perindustrian (secara tidak selamat – tiada 0 markah)      2

8. Kegiatan ekonomi manusia yang mementingkan keuntungan semata-mata                          2

9. Air buangan daripada kegiatan perniagaan (1m) dan industri (1m).                                    2

................................................................................................................................................
 Isi Tersirat [ 4 hingga 12 markah]
(usaha-usaha untuk mengatasi masalah pencemaran air  )

1. Kerajaan mempergiat kempen Cintai Sungai                                                                      2
2. Ibu bapa mendidik anak-anak agar menghargai suber air sejak mereka kecil lagi                2
3. Pihak berkuasa harus mengawal aktiviti penerokaan tanah dan pemusnahan                     
    hutan                                                                                                                                2

4. Pihak sekolah memberi penekanan terhadap kepentingan menguruskan pembuangan
    sampah dengan baik.                                                                                                        2

5. Peranan NGO mengadakan kempen Cintai Alam Sekitar secara berkala.                          2

6. Masyarakat  melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ada aktiviti yang
    Melibatkan pencemaran alam sekitar                                                                                2


Kesimpulan
Kesimpulannya, masyarakat perlu menghargai sumber air yang ada  agar masalah               2
pencemaran air dapat dibendung.                                                 

 .....................................................................................................................................................

 Soalan 2: Pemahaman   
Soalan 2(a) :Petikan Umum                                                                       Markah
(i) Maksud rangkai semakin serius :                                             [Maksimum:2 markah]
  •   bertambah/ meningkat  teruk/kronik/kritikal = 2 markah
            *[semakin teruk/kronik/kritikal = 1 markah]  
              [meningkat serius = 0 markah]
           
                                               
(ii) Kesan-kesan yang akan timbul akibat pencemaran air:                                             
  • memberikan kesan kepada kehidupan akuatik dan keindahan alam
semula jadi   
  • isu seperti air yang berbau busuk dan tidak menyenangkan yang pernah
berlaku di Selangor dan Putrajaya
  • memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia akibat sisa buangan
industri yang mengandungi bahan keluli, bakteria, bahan-bahan organik
dan bukan organik yang tidak dirawat dengan betul
[terima mana-mana dua isi]                                                  [Maksimum:3 markah]


iii. Kekangan:                                                                                                                         
  • masyarakat yang mementingkan diri sendiri/ tidak ambil peduli tentang
keadaan sungai/ membuang sampah ke dalam sungai
  • tindakan tidak tegas pihak berkuasa terhadap pihak yang mengalirkan
sisa buangan ke sungai/ penguatkuasaan undang-undang yang lemah atau
longgar / tidak mengambil tindakan / kawasan di bawah penguatkuasaan
sungai yang terlalu luas – tidak mampu menguatkuasakan undang-undang
  • semangat mencintai alam sekitar semakin pudar dalam jiwa orang ramai
/ lebih mementingkan ekonomi dan keperluan hidup
[ terima mana-mana 3 isi ]                                                   [Maksimum:4 markah]













Soalan 2(b):  Petikan Cerpen                                                              Markah

(i)  Kejayaan :
·         Ajam, anaknya yang sulung membuka perniagaan pengangkutan bas
antarkota.                                                                                                   1
·         Bakar, seorang Sarjana Pertanian yang bekerja sebagai pengurus ladang
di sebuah estet kelapa sawit.                                                                       1
·         Melati, anaknya yang bernombor tiga. Dia seorang pensyarah di sebuah 
       Institut Pengajian Tinggi.                                                                            1

                                                                                                             [Mak:2 m]

 (ii) Tiga cadangan :
·         Penanaman semula pokok .
·         Membuat pengaduan kepada Jabatan Hutan.
·         Menjaga kebersihan hutan sebagai tempat rekreasi.
·         Melaporkan aktiviti penebangan hutan secara haram kepada pihak berkuasa.
·         Menyertai/menyokong kempen cintai alam sekitar yang dijalankan.
·         Menyertai kelab/ persatuan NGO cintai alam sekitar yang sedia ada.
·         Menubuhkan kelab/persatuan cintai alam sekitar.

                                                                                                     [Mak: 3 m]
                                                                                                           
(iii) Perwatakan dalam petikan:
·         Seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga – contoh:
Bertanggungjawab membiayai perbelanjaan pendidikan anak-anaknya.      1+1
·         Seorang yang mementingkan pendidikan/ ilmu
contoh: Berjaya membesarkan anak-anak dengan pendidikan tinggi.
Anaknya yang sulung Ajam berjaya dalam bidang perniagaan
pengangkutan bas antarkota. Anaknya yang kedua, Bakar bekerja
sebagai pengurus ladang sebuah estet kelapa sawit. Anaknya yang
ketiga, Melati menjadi seorang pensyarah di sebuah IPT.                           1+1
·         Seorang yang mempunyai wang/kaya – 
     contoh: perniagaan pengangkutan bas  antarkota anaknya melalui 
      hasil daripada modal ribuan ringgit yang diberikan oleh bapa.                     1+1

Perwatakan dalam keseluruhan cerpen:
·         Seorang yang bersyukur dengan pembangunan – contoh: Pembangunan yang
telah dilakukan telah menyebabkan    anak-anaknya dapat menikmati kehidupan
 yang sempurna.                                                                                       1+1
·         Seorang yang mementingkan harta/materialistik – contoh: sanggup
memusnahkan hutan  semata-mata mahu mendapatkan wang yang banyak. 1+1
·         Seorang lelaki yang penyayang – contoh: Pak Tua membelai manja
seorang cucu lelakinya yang paling kecil dan sudah terlelap di lengannya.    1+1
·         Seorang yang mempunyai kesedaran – contoh: Kesal atas pencerobohan
hutan. Pak Tua kesal kerana ketika mudanya dia telah terlibat dengan
aktiviti pembalakan.                                                                                  1+1
                                                                            
                                                                                                        [Mak: 4 m]




Soalan 2(c) : Petikan Prosa Klasik                                               Markah

(i)     Maksud
·         terpesona yang amat sangat
                                                                                                    [Mak: 2 m]

(ii)      Tiga sebab Awang Sulung enggan menghadap Tuanku Nakhoda Tua:                                                                             
·         Nakhoda Tua pernah mengnyahkan Awang Sulung.
·         Awang Sulung mengatakan bahawa beliau anak sakai yang tidak layak datang menghadap.
·         Awang Sulung berkecil hati dengan Tuanku Nakhoda Tua.
                                                                                                     [Mak: 3 m]


(iii)    Dua cadangan:                       
·         menawarkan pangkat / kedudukan
·         menawarkan harta / wang
·         menawarkan diri untuk berkahwin dengan Awang Sulung
·         menawarkan sebuah negeri / tempat tinggal / istana
                                                                                                    [Mak: 3 m]


Soalan 2(d) : Puisi                                                                            

(i)         Latar tempat luar negara                                                                                        
·           Beirut, London, Washington, Australia, Afri               [Mak: 2 m ]

 (ii)  Cadangan [ 3 isi ]
·           Toleransi dalam kehidupan
·           Kerjasama dan saling membantu untuk menjayakan sesuatu
·           Menghormati hak dan kebebasan negara lain
·           Melalui sukan / kebudayaan / kesenian
·           Kempen kesedaran seduni                                         [Mak: 3 m]


 (iii)      Dua nilai : [ 2 isi ]
·         Nilai menghargai keindahan alam.
·         Nilai hormat- menghormati sesama manusia.
·         Nilai bertoleransi antara masyarakat.
·         Nilai bekerjasama dalam menjayakan sesuatu.

                                                                                                    [Mak: 4 m]

......................................................................................................................................................

 Jawapan 3(a)

 (i)        menggulai
-           memasak (daging, ikan dan lain-lain) yang berkuah / santan
(ii)        menumis
            memasak (lauk, sayuran, dll) dgn menggunakan minyak atau lemak: 
            hari itu dia hendak ~ ikan bilis sama petai;
             
(iii)       menggoreng
            -         memasak dalam kuali kering / minyak
(iv)       menyiang
            -           membersihkan ikan / daging
(v)        memotong
                -              memutuskan / mengerat sesuatu (ikan, pokok, tangan)
            -           potong / pintas jalan
            -           mengurangkan gaji
            -           menoreh getah

(vi)       mencantas
            -           memangkas / memancung hujung dahan@kepala
                                                                                                            [Mak: 6 m]




Jawapan 3(b)  

(i)         Menara Berkembar Petronas itu dari jauh sudah kelihatan.
            Menara Berkembar Petronas itu sudah kelihatan dari jauh.

(ii)        Pemandangan di Taman Negara sungguh indah.

(iii)       Saya mohon penjelasan yang lebih lanjut bagi memudahkan kita membuat perancangan.

                                                                                                            [Mak: 6 m]  

Jawapan 3(c)

            (i)         e-mail                                      -           e-mel

            (ii)        berkumunikasi                         -           berkomunikasi

            (iii)       antara bangsa                          -           antarabangsa

(iv)       memberi                                  -           memberikan

(v)        berapa                                      -           beberapa

(vi)       diguna                                     -           digunakan

                                                                                                [Mak: 6 m]

Jawapan 3(d)
   
i)                    rindukan                                  -           rindu akan
segan malu                              -           segan silu
ii)                  Adalah                                                -           Dengan ini
Awam                                     -           umum
iii)                memotong                               -           menyiang
memperbaik                             -           membaiki/membaikkan
                                                                                    [Mak: 6 m]
Jawapan 3(e)   Peribahasa

(i)         ibarat ketam mengajar anakna berjalan /
(ii)        seperti anjing dengan bayang-bayang /
(iii)       seperti pinang dibelah dua /
[Mak: 6 m]

...................................................................................................................................................................

Jawapan Soalan 4
1          Novel Papa..................... (akhirnya kau tewas jua!)
(a)        Latar tempat dan peristiwa
i.          Di rumah Jeffri di Kelana Jaya – Tempat Jeffri dan keluarganya serta Mak Cik Noraini pembantu rumah mereka tinggal dalam suasana yang harmoni.
ii.         Di Sekolah Menengah Seri Gading – Tempat Julia belajar dan tempat Intan Maliana menjadi guru Matematik.
iii.        Di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia – Tempat Intan Maliana melahirkan anak kembarnya dan dirawat semasa dia dalam keadaan koma.
iv.        Di Pusat Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) – Tempat Julia dan rakan rapatnya Rasylan meneruskan pengajian selepas tamat sekolah menengah.
v.         Di Restoran Starbucks Coffee di Mid Valley – Tempat Julia dan Rasylan berkunjung untuk minum dan di sinilah jugalah mereka terserempak dengan papa Julia minum bersama-sama dengan Aishah sebanyak dua kali.

(b)        3 teknik plot
i.          Pemerian 
Contohnya:  Petang itu cuaca sungguh nyaman.  Angin bertiup beralun lembut dan amat menyegarkan.  Dengan rambutku yang ikal dan panjang memcecah bahu dan diikat ekor kuda,  dengan berseluar panjang dan berkemeja T,  aku yang tadinya berbaring sebentar di atas tilam empuk bilikku turun dari tingkat atas menuju ke ruang dapur  di tingkat bawah.

ii.         Dialog 
Contohnya,  “Lia...,” sambil memegang tangan perempuan yang terbaring. ”Ini Aisyah, isteri abang, adik Lia juga!”  Lalu dia mencapai tangan Mak Cik Aisyah dan menghulurkan kapadanya.

iii.        Imbas Kembali 
Contohnya,  Mak Cik Noraini mengingati akan kisah papa Julia bertugas sebagai guru.

iv.        Suspens 
Contohnya, pembaca tertanya-tanya akan nasib yang akan menimpa Intan Maliana setelah doktor memaklumkan bahawa Intan Maliana perlu menjalani satu pembedahan kerana ada komplikasi terhadap kandungannya.

v.         Monolog Dalaman
Contohnya, Aku hanya memandang keluar tingkap kereta, ke  jalan raya dan melihat kereta yang banyak lalu lalang. Aku meletakkan diriku di tempat mama sekarang, apa yang bakal dirasainya kalau dia tahu semua ini?


1          Novel Konserto Terakhir
(a)        Latar tempat dan peristiwa
i)          Kebun Datuk Johari -Hilmi yang sedang mengerjakan kebun bunga telah ditegur oleh Datuk Johari dan hasil kerjanya dipuji oleh Doktor Nathan.
ii)         Rumah Datuk Johari (Bilik Datuk Johari) - Datin Salmah teringat akan kata-kata kakaknya mengenai rasa malu yang dibawa oleh Hilmi terhadap keluarganya.
iii)        Kebun Datuk Johari - Hilmi membunuh kumbang-kumbang yang merosakkan tanamannya dengan bantuan daripada Hayati.
iv)        Rumah Datuk Johari - Datin Salmah berpesan kepada Hilmi untuk menjaga rumah sepergian keluarga itu ke luar negara.
v)         Rumah Encik Bakar - Hilmi mula belajar muzik dengan Encik Bakar setelah diperkenalkan oleh Mamat.
vi)        Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya - Hayati menggantikan Hilmi di malam konsert Orkes Perdana RTM apabila Hilmi tidak muncul.
vii)       Hospital Besar - Pak Karim memberitahu rahsia mengenai Hilmi kepada Datuk Johari.
viii)      Rumah Datuk Johari - Datuk Johari meninggal sejurus mendengar berita kematian Hilmi


(b)        3 teknik plot
i.          Dialog 
Contohnya:     Dialog antara Hilmi dengan Datuk Johari:
                                                “ Terima kasih.”
                                                “ Kau suka ?”
                                                “ Lebih daripada suka. Saya memang suka berkebun”

ii.         Pemerian 
Contohnya:
Ada sebuah permaidani yang besar sedikit daripada sejadah terletak di atas lantai tepi katilnya. Lantainya dari papan berkilat. Ada juga almari besar yang ditampal di dinding. Ada meja solek, berserakan dengan barang-barang solekan beraneka jenis yang sudah dipakai.

iii.        Teknik imbas kembali
Contohnya:
Hilmi teringat kata-kata ayahnya sebelum dia ke Kuala Lumpur apabila dia mendapat layanan buruk daripada Datin Salmah.

            iv.        Teknik imbas muka
                                Contohnya:
En. Bakar yakin bahawa Hilmi akan menjadi seorang seniman terkenal / Hilmi membayangkan dia sedang berhadapan dengan para penonton dalam pertunjukannya.

            v.         Teknik monolog
                                Contohnya:
                                    Hilmi sering bermonolog sendirian sambil melayani perasaannya
                                    terhadap Hayati.


            vi.        Teknik monolog dalaman
                                Contohnya:
                                    Perbualan dalam diri Datin Salmah tentang hubungan Hayati
                                    dengan Hilmi.


            vii)       Teknik kejutan
                                Contohnya:
                                    Berita perkahwinan antara Hayati dengan Mohsin membuatkan
                                    Hilmi rasa terkilan. / Kemunculan Hayati secara mengejut
                                    menggantikan tempat Hilmi sebagai pemimpin orkestra. / Datuk
                                    Johari terkejut apabila mendapat tahu bahawa Hilmi ialah anak
                                    kandungnya.


            viii)      Teknik saspens
                                Contohnya:
Hilmi gelisah menanti dipanggil oleh Datin Salmah setelah merosakkan piano Hayati. / En. Bakar gelisah menunggu keputusan mesyuarat jawatankuasa Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional berkaitan tuduhan melanggar tatatertib persatuan itu. / Hilmi tidak muncul pada malam Pertunjukan Orkes Perdana kerana berada di hospital untuk rawatan kecemasan

            ***terima mana-mana jawapan yang sesuai dalam novel

NOTA: SEMUA JAWAPAN MERUPAKAN JAWAPAN DARIPADA JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR, SAYA CUMA MEMASUKKAN SEMULA KE DALAM BLOG INI UNTUK KEMUDAHAN PELAJAR @ CALON SPM 2012.   


TAMAT