PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN
2012 NEGERI SELANGOR :
BAHASA MELAYU KERTAS 2
SKEMA JAWAPAN
SOALAN 1
Rumusan
Pendahuluan Markah
Petikan membincangkan/ merumuskan/ membincangkan/
menerangkan /
menyatakan/
menjelaskan faktor/ punca berlakunya pencemaran air di negara ini. 2
Rumusan tentang faktor/ punca berlakunya pencemaran air di negara ini. 2
Petikan membincangkan faktor/punca
berlakunya pencemaran air.
1
Isi tersurat [4 hingga 12 markah]
(Sebab-sebab berlakunya pencemaran air)
1. pembuangan
sisa kumbahan (yang tidak sempurna – tiada = 0 markah) 2
2. Aktiviti pertanian sama ada yang berskala kecil(1m) mahupun berskala
besar(1m) 2
3. Pembukaan dan penerokaan tanah (yang tidak terkawal – tiada = 0
markah) 2
4. Penggunaan racun serangga(1m) dan baja kimia(1m) dalam bidang pertanian 2
5. Aktiviti penternakan juga menjadi masalah besar /
Aktiviti penternakan haiwan /
Aktiviti penternakan seperti penternakan
ayam, lembu, kambing, dan babi (mana-
mana dua
contoh) 2
6. Sikap ambil mudah masyarakat yang membuang sampah ( terus ke dalam
longkang
dan sungai – tiada = 0 markah) 2
7. Pengaliran dan pembuangan sisa perindustrian (secara tidak selamat –
tiada 0 markah) 2
8. Kegiatan ekonomi
manusia yang mementingkan keuntungan semata-mata 2
9. Air buangan
daripada kegiatan perniagaan (1m) dan industri (1m). 2
................................................................................................................................................
Isi Tersirat [ 4 hingga 12 markah]
(usaha-usaha untuk mengatasi
masalah pencemaran air )
1. Kerajaan mempergiat
kempen Cintai Sungai
2
2. Ibu bapa mendidik anak-anak agar menghargai suber air
sejak mereka kecil lagi 2
3. Pihak berkuasa harus mengawal aktiviti
penerokaan tanah dan pemusnahan
hutan 2
4. Pihak sekolah memberi penekanan terhadap
kepentingan menguruskan pembuangan
sampah dengan baik. 2
5. Peranan NGO mengadakan kempen Cintai
Alam Sekitar secara berkala.
2
6. Masyarakat melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya
ada aktiviti yang
Melibatkan pencemaran alam sekitar 2
Kesimpulan
Kesimpulannya, masyarakat perlu menghargai sumber air yang ada agar masalah 2
Kesimpulannya, masyarakat perlu menghargai sumber air yang ada agar masalah 2
pencemaran air dapat dibendung.
.....................................................................................................................................................
Soalan 2: Pemahaman
Soalan 2(a) :Petikan Umum Markah
(i) Maksud rangkai semakin serius : [Maksimum:2 markah]
- bertambah/ meningkat teruk/kronik/kritikal = 2 markah
*[semakin
teruk/kronik/kritikal = 1 markah]
[meningkat serius = 0 markah]
(ii) Kesan-kesan yang akan timbul akibat pencemaran air:
- memberikan kesan kepada kehidupan akuatik dan
keindahan alam
semula jadi
- isu seperti air yang berbau busuk dan tidak
menyenangkan yang pernah
berlaku di Selangor dan Putrajaya
- memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia akibat
sisa buangan
industri yang mengandungi bahan keluli, bakteria, bahan-bahan organik
dan bukan organik yang tidak dirawat dengan betul
[terima mana-mana dua isi] [Maksimum:3 markah]
iii. Kekangan:
- masyarakat yang mementingkan diri sendiri/ tidak
ambil peduli tentang
keadaan sungai/ membuang sampah ke dalam sungai
- tindakan tidak tegas pihak berkuasa terhadap pihak
yang mengalirkan
sisa buangan ke sungai/ penguatkuasaan undang-undang yang
lemah atau
longgar / tidak mengambil tindakan / kawasan di bawah
penguatkuasaan
sungai yang terlalu luas – tidak mampu menguatkuasakan
undang-undang
- semangat mencintai alam sekitar semakin pudar dalam
jiwa orang ramai
/ lebih mementingkan ekonomi dan keperluan hidup
[ terima mana-mana 3 isi ] [Maksimum:4 markah]
Soalan 2(b):
Petikan Cerpen Markah
(i) Kejayaan :
·
Ajam, anaknya yang sulung membuka perniagaan pengangkutan bas
antarkota. 1
·
Bakar, seorang Sarjana Pertanian yang bekerja sebagai pengurus ladang
di sebuah estet kelapa sawit. 1
·
Melati, anaknya yang bernombor tiga. Dia seorang pensyarah di sebuah
Institut Pengajian Tinggi. 1
[Mak:2
m]
(ii) Tiga cadangan :
·
Penanaman semula pokok .
·
Membuat pengaduan kepada Jabatan Hutan.
·
Menjaga kebersihan hutan sebagai tempat rekreasi.
·
Melaporkan aktiviti penebangan hutan secara haram kepada
pihak berkuasa.
·
Menyertai/menyokong kempen cintai alam sekitar yang
dijalankan.
·
Menyertai kelab/ persatuan NGO cintai alam sekitar yang
sedia ada.
·
Menubuhkan kelab/persatuan cintai alam sekitar.
[Mak: 3 m]
(iii) Perwatakan dalam petikan:
·
Seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga – contoh:
Bertanggungjawab membiayai perbelanjaan
pendidikan anak-anaknya. 1+1
·
Seorang yang mementingkan pendidikan/ ilmu
contoh: Berjaya membesarkan anak-anak dengan
pendidikan tinggi.
Anaknya yang sulung Ajam berjaya dalam bidang
perniagaan
pengangkutan bas antarkota. Anaknya yang kedua,
Bakar bekerja
sebagai pengurus ladang sebuah estet kelapa sawit. Anaknya yang
ketiga, Melati menjadi seorang pensyarah di
sebuah IPT. 1+1
·
Seorang yang mempunyai wang/kaya –
contoh: perniagaan pengangkutan bas antarkota anaknya melalui
hasil daripada
modal ribuan ringgit yang diberikan oleh bapa. 1+1
Perwatakan dalam keseluruhan cerpen:
·
Seorang yang bersyukur
dengan pembangunan – contoh: Pembangunan yang
telah dilakukan telah menyebabkan anak-anaknya dapat
menikmati kehidupan
yang sempurna. 1+1
·
Seorang yang mementingkan
harta/materialistik – contoh: sanggup
memusnahkan hutan semata-mata mahu mendapatkan wang yang banyak. 1+1
·
Seorang lelaki yang penyayang – contoh: Pak Tua membelai manja
seorang cucu lelakinya yang paling kecil dan sudah
terlelap di lengannya. 1+1
·
Seorang yang mempunyai
kesedaran – contoh: Kesal atas pencerobohan
hutan. Pak Tua kesal
kerana ketika mudanya dia telah terlibat dengan
aktiviti pembalakan. 1+1
[Mak: 4 m]
\
Soalan 2(c) : Petikan Prosa
Klasik Markah
(i) Maksud
·
terpesona yang amat sangat
[Mak: 2 m]
(ii)
Tiga sebab Awang Sulung enggan menghadap
Tuanku Nakhoda Tua:
·
Nakhoda Tua pernah mengnyahkan Awang Sulung.
·
Awang Sulung mengatakan bahawa beliau anak sakai yang tidak layak datang menghadap.
·
Awang Sulung berkecil hati dengan Tuanku Nakhoda Tua.
[Mak: 3 m]
(iii)
Dua cadangan:
·
menawarkan pangkat / kedudukan
·
menawarkan harta / wang
·
menawarkan diri untuk berkahwin dengan Awang Sulung
·
menawarkan sebuah negeri / tempat tinggal / istana
[Mak: 3 m]
Soalan 2(d) : Puisi
(i) Latar
tempat luar negara
·
Beirut,
London, Washington, Australia, Afri [Mak: 2 m ]
(ii) Cadangan [ 3 isi ]
·
Toleransi
dalam kehidupan
·
Kerjasama
dan saling membantu untuk menjayakan sesuatu
·
Menghormati
hak dan kebebasan negara lain
·
Melalui
sukan / kebudayaan /
kesenian
·
Kempen
kesedaran seduni [Mak: 3
m]
(iii) Dua
nilai : [ 2 isi ]
·
Nilai menghargai keindahan alam.
·
Nilai hormat- menghormati sesama manusia.
·
Nilai bertoleransi antara masyarakat.
·
Nilai bekerjasama dalam menjayakan sesuatu.
[Mak: 4 m]
......................................................................................................................................................
Jawapan 3(a)
(i) menggulai
- memasak (daging,
ikan dan lain-lain) yang berkuah / santan
(ii) menumis
memasak (lauk,
sayuran, dll) dgn menggunakan minyak atau lemak:
hari itu dia hendak ~ ikan bilis sama petai;
(iii) menggoreng
-
memasak dalam kuali kering /
minyak
(iv) menyiang
- membersihkan ikan / daging
(v) memotong
-
memutuskan / mengerat sesuatu (ikan, pokok, tangan)
- potong / pintas jalan
- mengurangkan gaji
- menoreh getah
(vi) mencantas
- memangkas / memancung hujung
dahan@kepala
[Mak:
6 m]
Jawapan 3(b)
(i) Menara
Berkembar Petronas itu dari jauh sudah kelihatan.
Menara
Berkembar Petronas itu sudah kelihatan dari jauh.
(ii) Pemandangan
di Taman Negara sungguh indah.
(iii) Saya
mohon penjelasan yang lebih lanjut bagi memudahkan kita membuat perancangan.
[Mak: 6 m]
Jawapan 3(c)
(i) e-mail - e-mel
(ii) berkumunikasi - berkomunikasi
(iii) antara bangsa - antarabangsa
(iv) memberi - memberikan
(v) berapa - beberapa
(vi) diguna - digunakan
[Mak: 6
m]
Jawapan 3(d)
i)
rindukan - rindu akan
segan malu - segan
silu
ii)
Adalah - Dengan
ini
Awam - umum
iii)
memotong - menyiang
memperbaik - membaiki/membaikkan
[Mak: 6 m]
Jawapan 3(e) Peribahasa
(i) ibarat ketam mengajar anakna berjalan /
(ii) seperti anjing dengan bayang-bayang /
(iii) seperti pinang dibelah dua /
[Mak: 6 m]
...................................................................................................................................................................
Jawapan Soalan 4
1 Novel
Papa..................... (akhirnya kau tewas jua!)
(a) Latar tempat dan peristiwa
i. Di rumah Jeffri di Kelana Jaya – Tempat Jeffri dan keluarganya serta Mak
Cik Noraini pembantu rumah mereka tinggal dalam suasana yang harmoni.
ii. Di Sekolah
Menengah Seri Gading – Tempat Julia belajar dan tempat Intan Maliana menjadi
guru Matematik.
iii. Di Hospital
Universiti Kebangsaan Malaysia – Tempat Intan Maliana melahirkan anak kembarnya
dan dirawat semasa dia dalam keadaan koma.
iv. Di Pusat Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) –
Tempat Julia dan rakan rapatnya Rasylan meneruskan pengajian selepas tamat
sekolah menengah.
v. Di Restoran Starbucks Coffee di Mid Valley – Tempat Julia
dan Rasylan berkunjung untuk minum dan di sinilah jugalah mereka terserempak
dengan papa Julia minum bersama-sama dengan Aishah sebanyak dua kali.
(b) 3
teknik plot
i. Pemerian
Contohnya: Petang itu cuaca sungguh nyaman. Angin bertiup beralun lembut dan amat
menyegarkan. Dengan rambutku yang ikal
dan panjang memcecah bahu dan diikat ekor kuda,
dengan berseluar panjang dan berkemeja T, aku yang tadinya berbaring sebentar di atas
tilam empuk bilikku turun dari tingkat atas menuju ke ruang dapur di tingkat bawah.
ii. Dialog
Contohnya, “Lia...,” sambil memegang tangan perempuan
yang terbaring. ”Ini Aisyah, isteri abang, adik Lia juga!” Lalu dia mencapai tangan Mak Cik Aisyah dan
menghulurkan kapadanya.
iii. Imbas Kembali
Contohnya, Mak Cik Noraini mengingati akan kisah papa
Julia bertugas sebagai guru.
iv. Suspens
Contohnya, pembaca
tertanya-tanya akan nasib yang akan menimpa Intan Maliana setelah doktor
memaklumkan bahawa Intan Maliana perlu menjalani satu pembedahan kerana ada
komplikasi terhadap kandungannya.
v. Monolog Dalaman
Contohnya, Aku
hanya memandang keluar tingkap kereta, ke
jalan raya dan melihat kereta yang banyak lalu lalang. Aku meletakkan
diriku di tempat mama sekarang, apa yang bakal dirasainya kalau dia tahu semua
ini?
1 Novel
Konserto Terakhir
(a) Latar
tempat dan peristiwa
i) Kebun Datuk Johari -Hilmi yang sedang mengerjakan kebun
bunga telah ditegur oleh Datuk Johari dan hasil kerjanya dipuji oleh Doktor
Nathan.
ii) Rumah Datuk Johari (Bilik Datuk Johari) - Datin Salmah
teringat akan kata-kata kakaknya mengenai rasa malu yang dibawa oleh Hilmi
terhadap keluarganya.
iii) Kebun Datuk Johari - Hilmi membunuh kumbang-kumbang yang
merosakkan tanamannya dengan bantuan daripada Hayati.
iv) Rumah Datuk Johari - Datin Salmah
berpesan kepada Hilmi untuk menjaga rumah sepergian keluarga itu ke luar negara.
v) Rumah Encik Bakar - Hilmi mula belajar
muzik dengan Encik Bakar setelah diperkenalkan oleh Mamat.
vi) Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya - Hayati menggantikan Hilmi di malam
konsert Orkes Perdana RTM apabila Hilmi tidak muncul.
vii) Hospital Besar - Pak Karim memberitahu
rahsia mengenai Hilmi kepada Datuk Johari.
viii) Rumah Datuk Johari - Datuk Johari
meninggal sejurus mendengar berita kematian Hilmi
(b) 3
teknik plot
i. Dialog
Contohnya: Dialog antara Hilmi dengan Datuk Johari:
“ Terima kasih.”
“ Kau suka ?”
“ Lebih daripada suka. Saya memang
suka berkebun”
ii. Pemerian
Contohnya:
Ada
sebuah permaidani yang besar sedikit daripada sejadah terletak di atas lantai
tepi katilnya. Lantainya dari papan berkilat. Ada juga almari besar yang
ditampal di dinding. Ada meja solek, berserakan dengan barang-barang solekan
beraneka jenis yang sudah dipakai.
iii. Teknik imbas kembali
Contohnya:
Hilmi
teringat kata-kata ayahnya sebelum dia ke Kuala Lumpur apabila dia mendapat
layanan buruk daripada Datin Salmah.
iv. Teknik imbas muka
Contohnya:
En. Bakar yakin bahawa Hilmi akan menjadi seorang seniman
terkenal / Hilmi membayangkan dia sedang berhadapan dengan para penonton dalam
pertunjukannya.
v. Teknik monolog
Contohnya:
Hilmi
sering bermonolog sendirian sambil melayani perasaannya
terhadap
Hayati.
vi. Teknik monolog dalaman
Contohnya:
Perbualan
dalam diri Datin Salmah tentang hubungan Hayati
dengan
Hilmi.
vii) Teknik kejutan
Contohnya:
Berita
perkahwinan antara Hayati dengan Mohsin membuatkan
Hilmi
rasa terkilan. / Kemunculan Hayati secara mengejut
menggantikan
tempat Hilmi sebagai pemimpin orkestra. / Datuk
Johari
terkejut apabila mendapat tahu bahawa Hilmi ialah anak
kandungnya.
viii) Teknik saspens
Contohnya:
Hilmi
gelisah menanti dipanggil oleh Datin Salmah setelah merosakkan piano Hayati. /
En. Bakar gelisah menunggu keputusan mesyuarat jawatankuasa Persatuan
Pemain-pemain Muzik Nasional berkaitan tuduhan melanggar tatatertib persatuan
itu. / Hilmi tidak muncul pada malam Pertunjukan Orkes Perdana kerana berada di
hospital untuk rawatan kecemasan
***terima mana-mana
jawapan yang sesuai dalam novel
NOTA: SEMUA JAWAPAN MERUPAKAN JAWAPAN DARIPADA JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR, SAYA CUMA MEMASUKKAN SEMULA KE DALAM BLOG INI UNTUK KEMUDAHAN PELAJAR @ CALON SPM 2012.
TAMAT