CERPEN TINGKATAN
5 2012.
CERPEN
4: PENANGGUNGAN.
A:
SINOPSIS:
Kapten Mamat terkenang kembali peristiwa
anak kapalnya, Baharum yang telah terjatuh dari tiang agung lalu mati serta
merta. Baharum meninggalkan seorang balu dan dua orang anak.
Kebelakangan ini, nama Kapten Mamat
agak harum. Kisah kehidupannya di laut terpampang di akhbar. Dia seorang kapten
yang telah banyak berjasa. Peristiwa yang paling pahit baginya ialah kematian
Baharum.
Kapten Mamat tidak sanggup melihat
penderiaan batin balu Baharum. Dia tidak sanggup menghadapi anak lelaki Baharum
yang bertanya-tanyakan bapanya. Dia tidak sanggup melihat wajah dan tangisan
mereka.
Balu Baharum, Masnah tidak sanggup
melihat anak-anaknya menjadi kelasi. Kapten Mamat cuba menenangkan hatinya
dengan memberitahu Masnah bahawa nasibnya, anak-anaknya akan diperjuangkan oleh
kesatuan. Mereka akan dibayar pampas an. Namun begitu, Masnah risau akan masa
hadapan anak-anaknya yang tidak terjamin.
Kapten Mamat telah menasihatkan
Masnah dengan menyatakan bahawa ajal suaminya, Baharum telah ditakdirkan Tuhan.
Hajat Baharum untuk mati dilaut kempunan. Kapten Mamat memuji Baharum yang
berkhidmat kepada bangsa dan negaranya.
Jiwa Masnah tertekan. Isteri Kapten
Mamat cemas melihat keadaan Masnah. Masnah asyik menyatakan bahawa, sekiranya
suaminya tidak menjadi kelasi, sekiranya dia tidak memanjat tiang ketika laut
bergelora, suaminya akan masih bernyawa. Kemudian Masnah pengsan. Sudah empat
kali Masnah pengsan.
Isteri Kapten Mamat mencadangkan
agar khimat bomoh digunakan untuk mengubati Masnah tetapi Kapten Mamat tidak
bersetuju. Kata Kapten Mamat, Masnah Cuma diserang panah hangat. Dia
mengarahkan isterinya supaya member Masnah minum air suam apabila dia sedar
nanti. Masnah perlu banyak berehat.
Sesudah pulih, Masnah memberitahu
hajatnya untuk membawa anak-anaknya pulang ke kampong halaman. Masnah merasakan
bahawa penyakitnya susah dipulihkan. Kapten Mamat menasihatinya agar
mendapatkan khidmat doktor.
Apabila diperintah, Kapten Mamat
akan belayar mengikut jadual, belayar dari satu pelabuhan ke satu pelabuhan
tanpa mengambil kira keadaan laut. Kapal Kapten Mamat digunakan untuk
mengangkut dan memunggah barangan keperluan beribu-ribu manusia.
Apabila menjalankan tugasnya di
kapal, Kapten Mamat akan terkenangkan Baharum. Baharum mati awal seperti banyak
lagi manusia yang mati awal. Bagi Kapten Mamat, kematian tidak dapat dielakkan.
Kata isteri Kapten Mamat, selagi manusia masih hidup, manusia akan menanggung
beban kehidupannya. Akhirnya Masnah menerima hokum alam. Dia menerima apa-apa
yang terjadi adalah lumrah kehidupan.
B)
TEMA :
Cabaran kehidupan yang dihadapi oleh
seorang nakhoda kapal.
C
) PERSOALAN:
i.
Penderitaan batin seorang isteri
yang kehilangan suaminya.
ii.
Malapetaka di trmpat kerja.
iii.
Keperihatinan seorang nakhoda
kapal.
D
) NILAI :
i.
Prihatin.
ii.
Tabah.
iii.
Berani.
iv.
Rasional.
E)
PENGAJARAN.
i.
Kita hendaklah prihatin terhadap mereka yang
berada dalam kesedihan seperti
Kapten Mamat dan isterinya yang prihatin terhadap Masnah yang kehilangan
suami.
ii.
Kita mestilah tabah menghadapi dugaan kehiupan
seperti Masnah yang akhirnya
tabah menghadapi kematian
suaminya.
iii.
Kita mestilah berani mengharungi
cabaran kerjaya seperti Kapten Mamat yang berani
menjelajah lautan yang luas dan bergelora.
iv.
Kita perlulah menggunakan akal
fikran yang rasional seperti Kapten Mamat yang
menasihati Masnah untuk berjumpa doktor bukannya bomoh seperti yang
dicadangkan oleh isterinya.
================================================================
CERPEN 5 : HUTAN RIMBA.
A:
SINOPSIS
Pak Tua memandu jentolak. Dia sedang meranahkan
segala tumbuhan di hadapannya. Meskipun dia berasa bersalah, menyebabkan
pelbagai hidupan hutan musnah, tetapi itulah kerjanya. Pak Tua sedar bahawa
beribu-ribu malah berjuta-juta tahun telah diambil untuk membentuk hutan yang
kini kian dibinasakannya. Dia memejamkan matanya sambil berharap agar hutan
yang dirosakkannya kembali rimbun.
Pak tua membayangkan lori-lori balak
yang telah ditebang ke sungai. Balak-balak diikat menjadi rakit, kemudian
dihanyutkan ke muara sungai. Isteri Pak Tua, Mak Tua mengatakan bahawa Pak Tua
bukan senghaja hendak merosakkan hutan. Pak Tua tidak perlu menyesal. Kata Mak
Tua, mereka hanya mencari nafkah kehidupan. Rezeki Tuhan jangan ditolak.
Anak-anak mereka Berjaya dibesarkan dan disekolahkan sehingga ke peringkat
tertinggi tanpa bantuan daripada sesiapa.
Pohon belian yang dibalak Pak Tua,
telah memampukan Ajam, anak sulungnya membuka perniagaan pengangkutan bas
dengan modal ribuan ringgit. Perniagaan itu juga dapat diperkembang hasil
suntikan dana demi dana yang disalurkan.
Hasil penebangan pokok keruing
membolehkan Bakar, anak kedua Pak Tua yang memiliki Sarjana Pertanian menjadi
Pengurus ladang di sebuah estet kelapa sawit. Hutan dikorbankan untuk kawasan
pertanian. Jadi, Pak Tua harus berasa bangga kerana terlibat sama dalam
aktiviti pembangunan negara.
Keuntungan yang diterima hasil
daripada balak seraya menjadikan Melati, anak ketiga Pak Tua seorang pensyarah
di sebuah Institut Pengajian Tinggi. Dengan mudah Melati dapat membayar yuran
pembelajarannya untuk masuk ke universiti.
Pendapatan yang diperoleh daripada
penebangan balak salangan batu telah membantu Budi, anak bongsu Pak Tua menjadi
seorang guru berijazah Sarjana Muda Pendidikan.
Pak Tua bersyukur, kepada Tuhan
kerana dapat membesarkan dan menyekolahkan anak-anaknya. Dia berasa bangga
dengan dirinya sendiri. Pendapatannya sebagai pemandu traktor mencecah ribuan
ringgit.
Pak Tua sedar bahawa pokok-pokok
banyak berkorban untuknya. Pak Tua tertanya-tanya tentang sebabnya dia tidak
mencari pekerjaan lain. Seharusnya Pak Tua mengambil iktibar daripada kejadian
dia memusnahkan hidupan air di kampungnya dahulu. Pak Tua dan beberapa orang
nelayan menggunakan bom untuk mendapatkan ikan. Mereka tidak sedar bahawa bom
itu memusnahkan terumbu karang dan hidupan laut yang lain.
Kata Mak Tua, hutan mempertemukannya
dengan Pak Tua. Pak Tua menaiki kapal menuju ke hulu sungai untuk membuka kem
kayu balak. Mak Tua ialah gadis sungai yang selalu mandi-manda sambil membasuh
pakaian di sungai.
Pak Tua tersenyum puas sambil
mengumpul buah-buahan tempatan hasil daripada kebunnya manakala buah-buahan
hutan didapatkannya dari hutan. Buah-buahan dikumpul untuk anak cucunya.
Sebuah bas mini dan sebuah kereta
tiba di kawasan kebun Pak Tua. Tanah kebun itu diwariskan mentuanya kepada
isterinya, Mak Tua. Pak Tua hanya menggunakan sedikit kawasan tanah untuk
dibuat rumah dan dusun. Kawasan selebihnya dikekalkan dalam bentuk hutan. Pak
Tua ingin menebus kesalahannya memusnahkan hutan.
Mak Tua meminta anak-anaknya
mencarikan pekerja untuk dusun kerana pencuri kayu balak semakin banyak. Melati
mencadangkan kawasan hutan simpanan bapanya dijadikan kawasan pelancongan.
Malam itu mereka sekeluarga bermalam
di rumah kebun berhampiran hutan simpanan Pak Tua. Malam itu Pak Tua tidur
dikelilingi cucu-cucunya. Dia bercerita tentang hutan rimba yang indah, damai, dan
harmonis. Pak Tua yakin mimpi ngerinya tentang kemusnahan hutan rimba telah
berakhir.
B)
TEMA:
Kekesalan seorang pencinta alam yang
terlibat dalam aktiviti pembalakan semata-mata untuk menanggung kehidupan
keluarganya.
C)
PERSOALAN:
i. Pengorbanan yang perlu untuk
pembangunan.
ii. Tanggungjawab seorang bapa
terhadap anak-anaknya.
iii. Cinta kepada hutan rimba.
iv. Hutan sebagai sumber ekonomi
negara.
v.
Pulangan yang banyak yang diperoleh daripada kegiatan pembalakan.
D)
NILAI :
i. Mencintai alam semulajadi.
ii. Tabah.
iii. Kasih sayang.
iv. Bersatu padu.
E)
PENGAJARAN:
i.
Kita hendaklah menghargai alam ciptaan Tuhan seperti Pak Tua yang melestarikan
kawasan hutan warisan isterinya.
ii.
Kita mestilah tabah menghadapi dugaan hidup seperti Pak Tua yang tabah
menghadapi kekesalan yang dirasainya kerana terpaksa memusnahkan hutan untuk
membiayai tanggungan keluarga.
iii.
Kita mestilah member sokongan emosi kepada mereka yang berhadapan dengan
konflik emosi seperti Mak Tua yang menasihati Pak Tua supaya jangan berasa
terlalu kesal kerana memusnahkan hutan.
iv.
Ahli keluarga mestilah cuba mengeratkan ikatan silaturahim sesame sendiri
seperti anak cucu Pak Tua yang datang sama-sama dalam satu kumpulan yang besar
untuk menziarahinya.
CERPEN
6 : TANGGAR AMANAT.
A
: SINOPSIS
Adam, suami Hawa ingin membawa Hawa
yang mengandung empat bulan pulang ke Malaysia kerana Taman Nasional Yellowstone
dikatakan akan meletup. Hawa berdegil, katanya dia dilahirkan di situ dan berazam
untuk mati di situ juga.
Hawa tidak mahu meninggalkan Taman
Nasional Yellowstone kerana ingin mempertahankan hak warisan Ahmad Abdllah.
Terdapat kawah gunung berapi di dasar Taman Nasional Yellowstone. Adam mengajak
waris Ahmad Abdullah di Malaysia tetapi Hawa enggan. Adam juga amat marah
kerana kedegilan Hawa beredar pergi.
Tiada sesiapa lagi yang menyanjung
Yellowstone. Sudah ada tanda-tanda yang membimbangkan yang menunjukkan
Yellowstone tidak lagi selamat. Yellowstone terpaksa ditutup.
Hawa berasa pening tetapi dia cuba
melawan pening itu. Dia membayangkan keindahan Yellowstone. Peningnya semakin
memuncak. Badannya menggigil-gigil. Tiba-tiba ada letupan yang dahsyat.
Segala-gala yang dilihatnya merah.
Hawa telah masuk ke dalam suatu alam
yang sungguh menakjubkan. Dia masuk ke dalam rahimnya sendiri. Berhadapan
dengannya ialah janin kandungannya. Janin itu member salam kepadanya. Lapan
tahun Hawa cuba mengandung. Janin itu ialah generasi kelapan Ahmad Abdullah.
Zuriat Hawa memberitahu ibunya bahawa
ia berhasrat untuk mengembangkan empayar Ahmad Abdullah. Namun demikian zuriat
itu tidak mahu mengembangkan warisan itu di Yellowstone.
Ahmad Abdullah dan Maria Cruz
Abdullah telah memulakan perniagaan chalet di Yellowstone. Zuriat Hawa memuji
ibunya kerana berjaya mengembangkan perniagaan warisan keluarga. Hawa menawrkan
pelbagai jenis perkhidmatan sehinggalah kepada kursus motivasi musim bunga.
Hawa memotivasikan peserta-peserta yang kebanyakannya terdiri daripada orang
putih- keturunan Melayu Ahmad Abdullah memotivasikan orang putih.
Zuriat Hawa meminta ibunya untuk
mematuhi pujukan bapanya. Zuriat Hawa menyedarkan Hawa supaya tidak mengalirkan
keuntungan ke Amareka Syarikat yang membiayai Israil yang memusnahkan
negara-negara Islam. Ia mengingatkan ibunya bahawa Yellowstone akan meletup
Zuriat Hawa berkata bahawa sekiranya
Ahmad Abdullah masih hidup beliau akan menasihati Hawa untuk menyelamatkan
keturunannya. Harta warisan yang amat berharga ialah zuriat Hawa, bukannya
warisan perniagaan di Yellowstone.
Tiba-tiba Hawa mendengar namanya
dipanggil berkali-kali. Adam yang memanggilnya. Hawa berjanji akan menjadi
isteri yang setia. Dia memberitahu suaminya bahawa anak mereka itu lelaki.
B)
TEMA;
Keazaman seorang wanita untuk
mempertahankan hak warisan nenek moyang.
C
) PERSOALAN;
1.
Kerisauan penghuni yang tinggal berdekatan Taman
Nasional Yellowstone.
2.
Kecekapan mengusahakan
perniagaan.
3.
Kritikan terhadap Negara yang
memusnahkan Negara-negara Islam.
4.
Kasih sayang dalam kalangan ahli
keluarga.
D)
NILAI:
i.
Kasih sayang.
ii. Tabah.
iii.Berani.
iv.Rasional.
E) PENGAJARAN.
i. Kita mesti menyayangi keluarga kita seperti keluarga Hawa
yang saling menyayangi antara satu sama lain.
ii. Kita mestilah tabah menghadapi dugaan seperti Hawa
yang tabah menghadapi dugaan di dalam rahimnya.
iii.Kita mestilah berani seperti Hawa yang berani untuk
terus menetap di Yellowstone walaupun tahu keadaan di sana bebahaya.
iv.Kita perlulah menuruti nasihat yang berasas seperti
Hawa yang akhirnya menuruti nasihat suaminya untuk berpindah daripada Taman
Nasional Yellowstone yang menunjukkan tanda-tanda akan meletus.