Thursday, October 4, 2012


CERPEN TINGKATAN 5 2012.

CERPEN 4: PENANGGUNGAN.

A: SINOPSIS:
           
Kapten Mamat terkenang kembali peristiwa anak kapalnya, Baharum yang telah terjatuh dari tiang agung lalu mati serta merta. Baharum meninggalkan seorang balu dan dua orang anak.
            Kebelakangan ini, nama Kapten Mamat agak harum. Kisah kehidupannya di laut terpampang di akhbar. Dia seorang kapten yang telah banyak berjasa. Peristiwa yang paling pahit baginya ialah kematian Baharum.
            Kapten Mamat tidak sanggup melihat penderiaan batin balu Baharum. Dia tidak sanggup menghadapi anak lelaki Baharum yang bertanya-tanyakan bapanya. Dia tidak sanggup melihat wajah dan tangisan mereka.
            Balu Baharum, Masnah tidak sanggup melihat anak-anaknya menjadi kelasi. Kapten Mamat cuba menenangkan hatinya dengan memberitahu Masnah bahawa nasibnya, anak-anaknya akan diperjuangkan oleh kesatuan. Mereka akan dibayar pampas an. Namun begitu, Masnah risau akan masa hadapan anak-anaknya yang tidak terjamin.
            Kapten Mamat telah menasihatkan Masnah dengan menyatakan bahawa ajal suaminya, Baharum telah ditakdirkan Tuhan. Hajat Baharum untuk mati dilaut kempunan. Kapten Mamat memuji Baharum yang berkhidmat kepada bangsa dan negaranya.
            Jiwa Masnah tertekan. Isteri Kapten Mamat cemas melihat keadaan Masnah. Masnah asyik menyatakan bahawa, sekiranya suaminya tidak menjadi kelasi, sekiranya dia tidak memanjat tiang ketika laut bergelora, suaminya akan masih bernyawa. Kemudian Masnah pengsan. Sudah empat kali Masnah pengsan.
            Isteri Kapten Mamat mencadangkan agar khimat bomoh digunakan untuk mengubati Masnah tetapi Kapten Mamat tidak bersetuju. Kata Kapten Mamat, Masnah Cuma diserang panah hangat. Dia mengarahkan isterinya supaya member Masnah minum air suam apabila dia sedar nanti. Masnah perlu banyak berehat.
            Sesudah pulih, Masnah memberitahu hajatnya untuk membawa anak-anaknya pulang ke kampong halaman. Masnah merasakan bahawa penyakitnya susah dipulihkan. Kapten Mamat menasihatinya agar mendapatkan khidmat doktor.
            Apabila diperintah, Kapten Mamat akan belayar mengikut jadual, belayar dari satu pelabuhan ke satu pelabuhan tanpa mengambil kira keadaan laut. Kapal Kapten Mamat digunakan untuk mengangkut dan memunggah barangan keperluan beribu-ribu manusia.
            Apabila menjalankan tugasnya di kapal, Kapten Mamat akan terkenangkan Baharum. Baharum mati awal seperti banyak lagi manusia yang mati awal. Bagi Kapten Mamat, kematian tidak dapat dielakkan. Kata isteri Kapten Mamat, selagi manusia masih hidup, manusia akan menanggung beban kehidupannya. Akhirnya Masnah menerima hokum alam. Dia menerima apa-apa yang terjadi adalah lumrah kehidupan.  

B) TEMA :
            Cabaran kehidupan yang dihadapi oleh seorang nakhoda kapal.

C ) PERSOALAN:
i.                    Penderitaan batin seorang isteri yang kehilangan suaminya.
ii.                  Malapetaka di trmpat kerja.
iii.                Keperihatinan seorang nakhoda kapal.


D ) NILAI :
i.                    Prihatin.
ii.                  Tabah.
iii.                Berani.
iv.                Rasional.

E) PENGAJARAN.

i.                     Kita hendaklah prihatin terhadap mereka yang berada dalam kesedihan seperti
       Kapten Mamat dan isterinya yang prihatin terhadap Masnah yang kehilangan suami.
ii.                   Kita mestilah tabah menghadapi dugaan kehiupan seperti Masnah yang akhirnya
             tabah menghadapi kematian suaminya.
iii.                Kita mestilah berani mengharungi cabaran kerjaya seperti Kapten Mamat yang berani
       menjelajah lautan yang luas dan bergelora.
iv.                Kita perlulah menggunakan akal fikran yang rasional seperti Kapten Mamat yang
      menasihati Masnah untuk berjumpa doktor bukannya bomoh seperti yang  
      dicadangkan oleh isterinya.

================================================================
 
CERPEN  5 : HUTAN RIMBA.

A: SINOPSIS

            Pak Tua memandu jentolak. Dia sedang meranahkan segala tumbuhan di hadapannya. Meskipun dia berasa bersalah, menyebabkan pelbagai hidupan hutan musnah, tetapi itulah kerjanya. Pak Tua sedar bahawa beribu-ribu malah berjuta-juta tahun telah diambil untuk membentuk hutan yang kini kian dibinasakannya. Dia memejamkan matanya sambil berharap agar hutan yang dirosakkannya kembali rimbun.
            Pak tua membayangkan lori-lori balak yang telah ditebang ke sungai. Balak-balak diikat menjadi rakit, kemudian dihanyutkan ke muara sungai. Isteri Pak Tua, Mak Tua mengatakan bahawa Pak Tua bukan senghaja hendak merosakkan hutan. Pak Tua tidak perlu menyesal. Kata Mak Tua, mereka hanya mencari nafkah kehidupan. Rezeki Tuhan jangan ditolak. Anak-anak mereka Berjaya dibesarkan dan disekolahkan sehingga ke peringkat tertinggi tanpa bantuan daripada sesiapa.
            Pohon belian yang dibalak Pak Tua, telah memampukan Ajam, anak sulungnya membuka perniagaan pengangkutan bas dengan modal ribuan ringgit. Perniagaan itu juga dapat diperkembang hasil suntikan dana demi dana yang disalurkan.
            Hasil penebangan pokok keruing membolehkan Bakar, anak kedua Pak Tua yang memiliki Sarjana Pertanian menjadi Pengurus ladang di sebuah estet kelapa sawit. Hutan dikorbankan untuk kawasan pertanian. Jadi, Pak Tua harus berasa bangga kerana terlibat sama dalam aktiviti pembangunan negara.      
            Keuntungan yang diterima hasil daripada balak seraya menjadikan Melati, anak ketiga Pak Tua seorang pensyarah di sebuah Institut Pengajian Tinggi. Dengan mudah Melati dapat membayar yuran pembelajarannya untuk masuk ke universiti.
            Pendapatan yang diperoleh daripada penebangan balak salangan batu telah membantu Budi, anak bongsu Pak Tua menjadi seorang guru berijazah Sarjana Muda Pendidikan.
            Pak Tua bersyukur, kepada Tuhan kerana dapat membesarkan dan menyekolahkan anak-anaknya. Dia berasa bangga dengan dirinya sendiri. Pendapatannya sebagai pemandu traktor mencecah ribuan ringgit.
            Pak Tua sedar bahawa pokok-pokok banyak berkorban untuknya. Pak Tua tertanya-tanya tentang sebabnya dia tidak mencari pekerjaan lain. Seharusnya Pak Tua mengambil iktibar daripada kejadian dia memusnahkan hidupan air di kampungnya dahulu. Pak Tua dan beberapa orang nelayan menggunakan bom untuk mendapatkan ikan. Mereka tidak sedar bahawa bom itu memusnahkan terumbu karang dan hidupan laut yang lain.
            Kata Mak Tua, hutan mempertemukannya dengan Pak Tua. Pak Tua menaiki kapal menuju ke hulu sungai untuk membuka kem kayu balak. Mak Tua ialah gadis sungai yang selalu mandi-manda sambil membasuh pakaian di sungai.
            Pak Tua tersenyum puas sambil mengumpul buah-buahan tempatan hasil daripada kebunnya manakala buah-buahan hutan didapatkannya dari hutan. Buah-buahan dikumpul untuk anak cucunya.
            Sebuah bas mini dan sebuah kereta tiba di kawasan kebun Pak Tua. Tanah kebun itu diwariskan mentuanya kepada isterinya, Mak Tua. Pak Tua hanya menggunakan sedikit kawasan tanah untuk dibuat rumah dan dusun. Kawasan selebihnya dikekalkan dalam bentuk hutan. Pak Tua ingin menebus kesalahannya memusnahkan hutan.
            Mak Tua meminta anak-anaknya mencarikan pekerja untuk dusun kerana pencuri kayu balak semakin banyak. Melati mencadangkan kawasan hutan simpanan bapanya dijadikan kawasan pelancongan.
            Malam itu mereka sekeluarga bermalam di rumah kebun berhampiran hutan simpanan Pak Tua. Malam itu Pak Tua tidur dikelilingi cucu-cucunya. Dia bercerita tentang hutan rimba yang indah, damai, dan harmonis. Pak Tua yakin mimpi ngerinya tentang kemusnahan hutan rimba telah berakhir.       

B) TEMA:
            Kekesalan seorang pencinta alam yang terlibat dalam aktiviti pembalakan semata-mata untuk menanggung kehidupan keluarganya.

C) PERSOALAN:
            i. Pengorbanan yang perlu untuk pembangunan.
            ii. Tanggungjawab seorang bapa terhadap anak-anaknya.
            iii. Cinta kepada hutan rimba.
            iv. Hutan sebagai sumber ekonomi negara.
            v.  Pulangan yang banyak yang diperoleh daripada kegiatan pembalakan.

D) NILAI :
            i. Mencintai alam semulajadi.
            ii. Tabah.
            iii. Kasih sayang.
            iv. Bersatu padu.

E) PENGAJARAN:
i. Kita hendaklah menghargai alam ciptaan Tuhan seperti Pak Tua yang melestarikan kawasan hutan warisan isterinya.
ii. Kita mestilah tabah menghadapi dugaan hidup seperti Pak Tua yang tabah menghadapi kekesalan yang dirasainya kerana terpaksa memusnahkan hutan untuk membiayai tanggungan keluarga.
iii. Kita mestilah member sokongan emosi kepada mereka yang berhadapan dengan konflik emosi seperti Mak Tua yang menasihati Pak Tua supaya jangan berasa terlalu kesal kerana memusnahkan hutan.
iv. Ahli keluarga mestilah cuba mengeratkan ikatan silaturahim sesame sendiri seperti anak cucu Pak Tua yang datang sama-sama dalam satu kumpulan yang besar untuk menziarahinya.  





CERPEN 6 : TANGGAR AMANAT.

A : SINOPSIS

            Adam, suami Hawa ingin membawa Hawa yang mengandung empat bulan pulang ke Malaysia kerana Taman Nasional Yellowstone dikatakan akan meletup. Hawa berdegil, katanya dia dilahirkan di situ dan berazam untuk mati di situ juga.
            Hawa tidak mahu meninggalkan Taman Nasional Yellowstone kerana ingin mempertahankan hak warisan Ahmad Abdllah. Terdapat kawah gunung berapi di dasar Taman Nasional Yellowstone. Adam mengajak waris Ahmad Abdullah di Malaysia tetapi Hawa enggan. Adam juga amat marah kerana kedegilan Hawa beredar pergi. 
            Tiada sesiapa lagi yang menyanjung Yellowstone. Sudah ada tanda-tanda yang membimbangkan yang menunjukkan Yellowstone tidak lagi selamat. Yellowstone terpaksa ditutup.
            Hawa berasa pening tetapi dia cuba melawan pening itu. Dia membayangkan keindahan Yellowstone. Peningnya semakin memuncak. Badannya menggigil-gigil. Tiba-tiba ada letupan yang dahsyat. Segala-gala yang dilihatnya merah.
            Hawa telah masuk ke dalam suatu alam yang sungguh menakjubkan. Dia masuk ke dalam rahimnya sendiri. Berhadapan dengannya ialah janin kandungannya. Janin itu member salam kepadanya. Lapan tahun Hawa cuba mengandung. Janin itu ialah generasi kelapan Ahmad Abdullah.
            Zuriat Hawa memberitahu ibunya bahawa ia berhasrat untuk mengembangkan empayar Ahmad Abdullah. Namun demikian zuriat itu tidak mahu mengembangkan warisan itu di Yellowstone.
            Ahmad Abdullah dan Maria Cruz Abdullah telah memulakan perniagaan chalet di Yellowstone. Zuriat Hawa memuji ibunya kerana berjaya mengembangkan perniagaan warisan keluarga. Hawa menawrkan pelbagai jenis perkhidmatan sehinggalah kepada kursus motivasi musim bunga. Hawa memotivasikan peserta-peserta yang kebanyakannya terdiri daripada orang putih- keturunan Melayu Ahmad Abdullah memotivasikan orang putih.
            Zuriat Hawa meminta ibunya untuk mematuhi pujukan bapanya. Zuriat Hawa menyedarkan Hawa supaya tidak mengalirkan keuntungan ke Amareka Syarikat yang membiayai Israil yang memusnahkan negara-negara Islam. Ia mengingatkan ibunya bahawa Yellowstone akan meletup
            Zuriat Hawa berkata bahawa sekiranya Ahmad Abdullah masih hidup beliau akan menasihati Hawa untuk menyelamatkan keturunannya. Harta warisan yang amat berharga ialah zuriat Hawa, bukannya warisan perniagaan di Yellowstone.
            Tiba-tiba Hawa mendengar namanya dipanggil berkali-kali. Adam yang memanggilnya. Hawa berjanji akan menjadi isteri yang setia. Dia memberitahu suaminya bahawa anak mereka itu lelaki.

B) TEMA;
            Keazaman seorang wanita untuk mempertahankan hak warisan nenek moyang.

C ) PERSOALAN;
1.      Kerisauan  penghuni yang tinggal berdekatan Taman Nasional Yellowstone.
2.      Kecekapan mengusahakan perniagaan.
3.      Kritikan terhadap Negara yang memusnahkan Negara-negara Islam.
4.      Kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.

D) NILAI:

i.  Kasih sayang.
ii.  Tabah.
iii.Berani.
iv.Rasional.

E) PENGAJARAN.
i. Kita mesti menyayangi keluarga kita seperti keluarga Hawa yang saling menyayangi antara satu sama lain.
ii. Kita mestilah tabah menghadapi dugaan seperti Hawa yang tabah menghadapi dugaan di dalam rahimnya.
iii.Kita mestilah berani seperti Hawa yang berani untuk terus menetap di Yellowstone walaupun tahu keadaan di sana bebahaya.
iv.Kita perlulah menuruti nasihat yang berasas seperti Hawa yang akhirnya menuruti nasihat suaminya untuk berpindah daripada Taman Nasional Yellowstone yang menunjukkan tanda-tanda akan meletus.

  

No comments: