Monday, October 17, 2011

LATIHAN TATABAHASA B. MELAYU SPM

LATIHAN 28
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa.
(30 markah)
Jawab semua soalan.

(a).Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukar imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atu nama khas.
i). amal ii). beramal.
iii) amalan iv). mengamalkan.
v). pengamal vi). pengamalan.
( 6 markah )

(b) Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksudnya.
i). Hadiah itu disampaikan oleh pengetua semasa perhimpunan mingguan.
ii). Bangunan itu dibina oleh pekerja-pekerja yang didatangkan dari Indonesia.
iii). Penyembelihan lembu itu dilakukan oleh Ustaz Mohd Norkarshani.
( 6 markah )

( c ) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan keslahan-kesalahan itu dengan nenulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
i). Pertandingman merentas desa disekolah kami akan diadakan pada bulan Januari setiap tahun.
ii). Tayangan filem itu mengadakan serentak di semua pagawam di Malaysia.
iii). Penjenayahan itu telah berjaya di tangkap oleh pasukan polis dari Bukit Aman.
( 6 markah ).

( d ). Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
i). Kami memaksa berjalan kaki sejauh lima kilometer kerana ketipisan minyak motosikal.
ii). Ahli gusti itu terpaksa dimasukan ke hospital kerana kesakitan parah di kepala.
iii). Pak Harum mengail ikan menggunakkan jala.
( 6 markah )

(e) Beri peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat di bawah.
i) Ramai pelajar kelas itu tidak mahu berkawan dengan Norhayati kerana dia seorang yang tidak pandai menyimpan rahsia.
ii). Manshor seorang yang tidak tahu malu, dia selalu membuat bising di majlis pengajian agama.
iii). Yusof seorang yang tidak pandai menghargai pemberian orang lain, dia membuang hadiah yang diberi oleh guru kerana dianggapnya murah.

No comments: